Muhd Fadhil Mohd Zonis

Hasrat untuk melihat dua pelumba trek negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom dan Muhd Fadhil Mohd Zonis melepasi pusingan repechages sekaligus mara ke pusingan kedua tidak kesampaian.

Dalam aksi repechages saringan ketiga, Mohd Shah Firdaus Sahrom gagal menempatkan diri di kedudukan teratas selepas sekadar di tangga ketiga Njisane Phillip dari Trinidad and Tobago dan juara dari Wales Lewis Oliva.

Manakala Muhd Fadhil Mohd Zonis pula menamatkan aksi repechages saringan keempat ditangga kedua dibelakang pelumba kelahiran New Zealand, Edward Dawkins.

Tangga ketiga milik pelumba India, Sahil Kumar manakala Patrice St Louis Pivin dikedudukan terakhir.

- Advertisement -