Bekas juara bantaweight Holly Holm membuktikan yang beliau masih perlu digeruni selepas mempamerkan aksi hebat menentang Irene Aldana.

Holm mengasak dengan sepakan dan balingan sepanjang lima pusingan untuk kemenangan menerusi ‘unanimous decision’ , dan akan menyaksikan beliau berada dalam saingan kejuaraan.

“Hanya sedikit sahaja lagi dapat knockout yang merupakan kemenangan terbaik, tetapi dominasi penuh juga ada nikmatnya. Ia satu penghormatan untuk menjadi sebahagian dari sejarah – two wanita pertama dalam acara utama (di Fight Island),” kata Holm selepas kemenangan bergayanya.

Petarung heavyweight Yorgan De Castro dan Carlos Felipe bertinju bertalu-talu untuk tiga pusingan namun kedua-dua dapat bertahan sehingga loceng akhir. Keputusannya markah berpihak kepada Felipe yang sedikit lebih baik dalam combinasi yang ditunjukkan.

“Dua tahun lepas saya pernah menandatangani dengan UFC tetapi dilepaskan. Ia situasi yang mengecewakan dan dalam masa yang sama, saya kehilangan nenek saya. Jadi ia masa yang sukar dan saya pernah berfikir untuk berhenti.

“Tetapi jurulatih dan kawan-kawan saya tegas tidak membenarkan, jadi kemenangan ini adalah untuk nenek dan seorang kawan yang membunuh diri tahun lalu,” kata Felipe.

 

Bantamweight wanita: #1 Germaine de Randamie vs #4 Julianna Pena

Germaine de Randamie bertemu Julianna Pena dengan tali kejuaraan menjadi rebutan. Ia menjadi pertarungan serangan de Randamie menentang pergelutan Pena, masing-masing menggunakan kelebihan yang ada. Akhirnya de Randamie mencapai kemenangan di pusingan ketiga dengan gerakan serahan guilotine.

“Saya seorang kickboxer and mereka semua mahu menjatuhkan saya. Tetapi jika saya jatuh, saya akan cekik sampai pengsan. Saya masih nombor satu, biar apa yang terjadi malam ini, mereka masih perlu bertemu saya sebelum berjumpa Amanda Nunes. Sayalah pesaing No.1,” ujar de Randamie.

Keputusan Lain-lain Pertarungan

Bekas juara welterweight sementara Carlos Condit berjaya menumpaskan Court McGee menerusi keputusan markah.

Dusko Todorovic menewaskan Dequan Townsend secara TKO dalam pusingan kedua.

Kyler Phillips mengalahkan Cameron Else secara TKO dalam pusingan kedua.

Seri untuk pertembungan Josh Culibao dan Charles Jourdain dalam saingan sengit.

Loma Lookboonmee menang ke atas Jinh Yu Frey menerusi keputusan markah.

Casey Kenney menewaskan AlatengHeili secara keputusan sebulat suara para pengadil.

- Advertisement -