Khairul Idham Pawi profile

Sibuk dengan jadual perlumbaan yang padat tidak menghalang Khairul Idham Pawi untuk memberikan aksi terbaik dalam perlumbaan Moto3 kedua dirinya bersempena Kejuaraan MotoGP Perancis, minggu ini. 

Pelumba yang kini bersama pasukan Honda Team Asia itu melalui jadual perlumbaan yang padat sepanjang Mac hingga Mei dengan menyertai dua perlumbaan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, pusingan pembukaan Kejuaraan Moto3 Junior Dunia di Portugal dan kembali beraksi untuk perlumbaan pusingan kedua di Litar Le Mans, Perancis.

Perlumbaan minggu ini juga lebih istimewa buat Khairul kerana akan beraksi di pentas perlumbaan sama dengan barisan pelumba yang lahir dari siri perlumbaan Sepanyol apabila kejuaraan itu berlangsung bersama-sama dengan siri Grand Prix Dunia di Le Mans.

Malah keyakinan pelumba muda yang diberi peluang beraksi dipentas Eropah berikutan kejayaan cemerlang memenangi perlumbaan Wira dan Asia Dream Cup musim lepas itu meningkat berdasarkan aksi memberangsangkan dengan meraih petak mula di kedudukan kelima dan meraih tujuh mata setelah menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan pada aksi pertama di Portugal.
 
“Kami meraih keputusan yang cukup baik di Portimao. Pasukan melakukan persiapan yang baik dengan menyediakan jentera yang kompetitif dan membantu saya untuk memulakan perlumbaan dari petak kelima. Malangnya saya gagal mengekalkan kedudukan berikutan angin kencang namun saya berpuas hati dengan keputusan yang dicapai dalam perlumbaan Moto3 pertama saya. Saya berjaya meraih pengalaman cukup berharga dalam perlumbaan tersebut,” jelas Khairul.

“Mudah-mudahan kami dapat mengekalkan momentum serupa di Perancis. Saya mahu menghadiahkan sesuatu bermakna buat pasukan, penyokong, penaja dan Malaysia di hadapan peminat yang ramai di sana,” jelas Khairul.

Sekalipun optimis dia mampu berhadapan dengan cabaran dari pelumba Moto3 yang lain, Khairul akur cabaran besar yang bakal dihadapi nanti. Beraksi di litar sepanjang empat kilometer yang mempunyai sembilan selekoh kanan dan empat selekoh kiri, litar Le Mans pasti menghadirkan cabaran besar kepada kebanyakan pelumba yang tidak pernah beraksi di litar tersebut.

 

KHAIRUL LOOKING TO IMPRESS IN FRENCH GP

Honda Team Asia’s Khairul Idham Pawi shows no sign of slowing down despite a hectic racing schedule.

Between March and May, the Perak-born rider has participated in two PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship races, the FIM CEV Moto3 Junior World Championship opening leg in Portugal and this weekend he is back on the saddle as he gears up for his second Moto3 race at the historical Le Mans Circuit in France.

Making the upcoming race more special, Khairul will share the stage with a number of superstars born from the Spanish series with Le Mans set to host the French Grand Prix.

Eager to impress, Khairul who earned his seat to compete in the European series following his success winning the WIRA and Asia Dream Cup title last season is hoping to pull out another strong result in France, having shocked the field to qualify fifth and finished the race ninth in Portugal, scoring seven points.

“We had a good start to the season at Portimao. The team did an excellent job to prepare a competitive bike that enabled us to run with the top five in qualifying. But unfortunately I lost four spots during the race because of strong wind. Nevertheless, the results were encouraging for my first time in Moto3 and we picked up a lot of valuable experience,” said Khairul.

“Hopefully we can keep the momentum rolling in France. I want to make the team, my fans, sponsors and Malaysia proud in front of the huge crowd that will be there,” he added.

Although optimistic he has what it takes to challenge his Moto3 rivals, Khairul is under no illusion the upcoming race would be easy. The French track, with its nine right-hand and four left-hand corners, and measuring just over four kilometers long, will surely delight most riders, though it may provide a tough challenge for the majority who are unfamiliar with it.

- Advertisement -