khairy-1Oleh Ku Mohd Lufti

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berharap skuad Harimau Malaysia mampu mengulangi pencapaian pada 2014, mara ke perlawanan akhir.

Malah, aksi dan semangat juang yang dipamerkan ketika Malaysia melakar kemenangan ke atas Papua New Guinea dalam aksi persahabatan antarabangsa “A” pada Isnin diharapkan mampu dikekalkan.

“Kita harap mereka dapat mengekalkan semangat juang yang kita lihat. Tetapi ia akan lebih mencabar,” Kata Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian antara Sekretariat Sukan SEA (MASOC) dan Football Thai Factory Sporting Goods Co. Ltd (FBT) di Putrajaya semalam.

Piala AFF 2016, Malaysia diundi dalam Kumpulan B, akan memulakan aksi pertama menentang Kemboja pada Ahad, sebelum berdepan Vietnam pada 23 November diikuti tuan rumah, Myanmar pada 26 November.

Hanya dua pasukan teratas layak beraksi di peringkat separuh akhir untuk merebut kejuaraan bagi edisi ke 11.

Kali terakhir Malaysia muncul juara pada 2010, manakala menduduki tempat kedua sebanyak dua kali pada 1996 dan 2014.

Thailand dan Singapura masing masing telahpun memenangi kejohanan Piala AFF sebanyak empat kali.

- Advertisement -