tan-kian-meng-lai-pei-jing

Oleh Ku Mohd Lufti

Gandingan beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing terus melakar kecemerlangan apabila meraih trofi kedua tahun ini selepas muncul juara Terbuka Thailand.

Kian Meng dan Pei Jing digandingkan lewat tahun lepas itu mengatasi gandingan dari Hong Kong, Tang Chun Man-Tse Ying Suet dengan kemenangan straight set 21-16, 22-20 selama 39 minit.

Gandingan bergu campuran negara sebelum ini telahpun meraih gelaran juara di Terbuka Vietnam pada Julai lepas dan muncul naib juara dalam tiga penampilan final, tahun ini iaitu Malaysia Masters, Cabaran Antarabangsa Poland dan Terbuka Taiwan.

Dalam pada itu, pemain perseorangan negara, Zulfadli Zulkifli turut cemerlang apabila muncul juara di Grand Prox Terbuka Rusia.

Pemain berusia 23 tahun itu mengatasi wakil India, Siril Verma dalam perlawanan tiga set di pentas final.

Bekas juara remaja dunia ini bagaimanapun tewas di set pertama 16-21, namun bangkit dengan aksi yang lebih kemas untuk melakar kemenangan 21-19 di set berikutnya.

Zulfadli menguasai set penentuan selepas lawannya, Siril Verma tampak keletihan dan gagal membaca corak permainan lawannya.

Set penentuan berakhir dengan kemenangan memihak Zulfadli 21-10 selepas bertarung selama lebih sejam untuk mengesahkan kejuaraan menjadi miliknya.

- Advertisement -