Jurulatih skuad bawah 23 tahun Malaysia, Datoā€™ Ong Kim Swee mengumumkan senarai akhir 20 pemain yang akan membawa cabaran di temasya Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018.

Kim Swee membuat keputusan menggugurkan penjaga gol Kuala Lumpur Khatul Anuar Abdul Jalil dan pertahanan PKNS FC, Rodney Celvin Akwensivie setelah membuat penilaian menyeluruh sepanjang dua minggu latihan pusat termasuk prestasi dalam dua aksi persahabatan.

Bintang muda meningkat naik, Hadi Fayyadh Abdul Razak yang baru pulang dari menjalani latihan selama enam hari bersama kelab Divisyen Dua Liga Jepun, Roasso Kumamoto pula kembali dipanggil memperkuatkan skuad.

Walaupun telah kehilangan pemain-pemain seperti N.Thanabalan, Jafri Firdaus Chew, Aidil Zafuan Abdul Razak dan Syamer Kutty Abba kerana mengalami kecederaan manakala Matthew Davies dan Norazam Azih pula tidak mendapat pelepasan Pahang, Kim Swee percaya dia telah menyenaraikan skuad terbaik.

ā€œMemang ada kekangan di posisi tengah terutamanya tetapi saya percaya pemain yang disenaraikan mampu menggalas tugas di posisi manapun mereka diletakkan.

Kemasukan Hadi juga saya lihat sebagai satu opsyen tambahan di barisan depan,ā€ kata pengendali itu selepas sesi latihan pada Ahad.

Malaysia yang diundi di dalam Kumpulan E di Sukan Asia akan membuka kempen dengan menentang Kyrgyzstan pada 15 Ogos disusuli Korea Selatan pada 17 Ogos dan kemudiannya Bahrain pada 20 Ogos. MUHD AIMANĀ 

Senarai penuh 20 pemain :

Penjaga gol : Haziq Nadzli (JDT), Ifwat Akmal Chek Kassim (Kedah)

Pertahanan : Dominic Tan, Adam Nor Azlin (JDT), Adib Zainuddin (JDT II), Rizal Ghazali (Kedah), Irfan Zakaria,

Syazwan Andik Ishak (KL), Syazwan Zaipol Bahari (Perak)

Tengah : Syahmi Safari (Selangor), Nik Akif Syahiran Nik Mat (Kelantan), Daniel Amier Norhisham (Felda Utd),

Baddrol Bakhtiar (Kedah), Faisal Halim (Pahang)

Penyerang : Safawi Rasid, Syafiq Ahmad (JDT), Akhyar Rashid (Kedah), R.Kogileswaran (Pahang), Hadi Fayyadh Abdul Razak (JDT II), Tommy Mawat Bada (PJ Rangers)

- Advertisement -