famtido (2)

Oleh Ku Mohd Lufti

Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkenaan sistem latihan yang dilabel sebagai mengecewakan oleh pemilik kelab Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kenyataan Tunku Ismail minggu lalu nyata mencetus fenomena panas kerana dikatakan kecewa dengan sistem latihan skuad kebangsaan sehingga mengakibatkan kecederaan kepada pemain pemain.

Isu tersebut kian hangat apabila empat pemain JDT, Safiq Rahim, Aidil Zafuan Abd Razak, S. Kunanlan dan Amirul Hadi Zainal mengambil keputusan untuk bersara daripada skuad kebangsaan.

Datuk Ong Kim Swee menegaskan, latihan yang dijalankan direkodkan, malah turut diselia pihak dari Institut Sukan Negara (ISN).

“Kita ada pegawai ISN yang sentiasa bersama setiap kali kami menjalani latihan dan saya ada laporan untuk diserahkan kepada Menteri (Belia dan Sukan), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Laporan bacaan denyutan jantung daripada ISN, serta rakaman sesi latihan turut dilakukan sebagai bukti, dan pemain pemain juga tahu apa yang saya lakukan sejak mengambil alih sebagai jurulatih sementara sehingga sekarang,” kata Kim Swee.

Malah, Datuk Ong Kim Swee menambah, tujuh pemain yang dibawa ketika jelajah Oceania memberi reaksi positif tentang cadangan untuk menambah baik pasukan kebangsaan dimasa akan datang.

“Tidak ada pemain yang datang kepada saya dan memaklumkan tentang masalah dalam sistem latihan yang saya jalankan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima pandangan, malah pemain pemain juga boleh berbincang,” tambahnya lagi.

Kim Swee dijangka mengadakan pertemuan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar Jumaat ini.

- Advertisement -