Tomoyoshi Koyama

Tomoyoshi Koyama mahu menamatkan pemburuan gelaran juara SuperSports 600cc sebaik turun beraksi pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hujung minggu ini.

Bekas pelumba Moto2 itu telah meraih lapan podium sejak mula beraksi pada musim 2013 namun masih gagal untuk meraih sebarang gelaran juara sepanjang 30 perlumbaan yang telah disertai.

Meskipun begitu, Koyama masih mampu mendahului kedudukan keseluruhan pada musim ini dan yakin menamatkan pemburuan gelaran juara SuperSports 600cc minggu ini di Thailand berdasarkan rekod cemerlang meraih dua podium di litar sama pada musim lepas.

Koyama menerajui kedudukan pelumba SuperSports 600cc dengan 81 mata mengatasi dua kakan senegara, Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda Racing) dan Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) yang mengumpul 77 mata dan 67 mata.

“Kami tidak memikirkan tentang kedudukan pendahulu setelah melihat bagaimana keupayaan pesaing lain namun pada masa sama kami mempamerkan banyak peningkatan, sesuatu yang harus diberikan pujian kepada semua yang berada di dalam pasukan ini. Memandangkan kami berada dalam situasi terbaik ketika ini, kami perlu bekerja lebih keras untuk mempertahankan kedudukan dan pada masa sama cuba untuk merebut kemenangan,” jelas Koyama.

“Walaupun banyak kali saya berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium namun masih gagal untuk memenangi perlumbaan. Jika dibandingkan dengan Takahashi dan Ito, mereka telah beberapa kali memenangi perlumbaan. Jadi saya berharap dapat melakukannya di Thailand minggu ini. saya mempunyai kenangan manis dua kali menaiki podium di sini pada musim lepas. Aksi memberangsangkan dan juga faktor jentera yang sangat baik menjadi motivasi penting untuk kami mencapai objektif kami pada minggu ini,” tambahnya.

Meskipun begitu, Koyama tetap menjangkakan saingan sengit di litar yang mula berada dalam kalendar ARRC bermula musim lepas.

“Perlumbaan pastinya sengit sebagaimana perlumbaan-perlumbaan lepas. Malah pelumba tempatan juga mempunyai banyak kelebihan di halaman sendiri pada musim ini, jadi tidak mustahil pelumba Thailand mampu melakar kejutan.

“Malah, Ito juga berjaya meraih dua kemenangan di sini pada musim lepas manakala Takahashi juga merupakan pelumba pilihan manakala juara SuperSports 600cc, Zaqhwan Zaidi juga kembali ke saingan ARRC pada minggu ini. Meskipun mungkin kelebihan memihak kepada mereka, namun kami juga mempunyai keupayaan serupa.”

 

KOYAMA HUNTING FOR ELUSIVE WIN IN THAILAND

Tomoyoshi Koyama enters Round 4 of the FIM Asia Road Racing Championship at the Chang International Circuit in Buriram, Thailand this weekend determined to put an end to his winless SuperSports 600cc campaign.

The former Moto2 contender has collected eight podiums since he arrived in the Asian Championship in 2013 but has yet to taste victory in any of the 30 races he participated in.

Nevertheless, that did not stop Koyama from seizing the championship lead last time out at his home race in Japan and he is confident Thailand will finally see him end the dreaded dry spell having good memories finishing on the podium twice there last season.

Koyama leads the SuperSports 600cc standings with 81 points ahead of compatriots, Yuki Takahashi (Musashi Boon Siew Honda Racing) and Yuki Ito (PETRONAS Hong Leong Yamaha) with 77 points and 67 points respectively.

“We did not think it was possible to be in the lead given how fast our rivals are but I guess we did make a lot of progress, a lot more than what we give ourselves credit for. Now that we have achieved that, the focus is to defend our championship lead and try to win,” said Koyama.

“I’ve finished on the podiums many times but have yet to win. In contrast, Takahashi and Ito have enjoyed many victories. So hopefully I can finally win this weekend in Thailand. I have good memories finishing on the podium there and with a competitive bike, I am optimistic we can meet this target,” he added.

However, Koyama does not expect an easy outing at the circuit that was introduced to the ARRC calendar last year.

“The race will be an uphill battle but so is any other race. The local riders have home advantage while Ito enjoyed a double victory last year. Adding on to the challenge Takahashi is also very strong after his win at Suzuka and SuperSports 600cc champion, Zaqhwan Zaidi will make a comeback. The odds are stacking up against us but I am looking forward to the challenge because I know we are on the same level with them.”

- Advertisement -