Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar menyifatkan bola sepak negara masih belum bersedia untuk kehilangan horizon Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Lebih tepat, Shahril menegaskan beliau termasuk ahli badan gabungan FAM cukup yakin Hamidin seharusnya kekal lebih lama sebagai pemimpin No. 1 dalam badan induk persatuan itu.

Ini kerana Shahril mengakui tiada mana-mana individu yang layak untuk mengantikan kredibiliti tokoh bola sepak negara itu buat masa ini sekiranya Hamidin meninggalkan ā€˜kerusi panasā€™ FAM itu.

Justeru, beliau berharap Hamidin tidak akan membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya sebagai Presiden FAM selepas menyaksikan beliau memperkasakan bola sepak negara hasil ideanya menerusi pelbagai program antaranya Peta Hala Tuju atau Roadmap FAM yang diberi nama F:30.

ā€œYang pertama untuk seseorang memimpin persatuan itu bukan mudah dan jika mengikut sejarah FAM sendiri kita telah menyaksikan pelbagai pemimpin yang telah menjadi presiden FAM.

ā€œNamun Hamidin cukup unik bagi saya. Kepimpinan Hamidin semua dapat menyaksikan beliau boleh bergaul mudah dengan semua lapisan orang dan itulah keistimewaan Hamidin.

ā€œKedua, F:30 baharu dilancarkan pada tahun 2018 dan perjalanan kita masih jauh. Saya yakin kita dapat mengapai ke peringkat global jika berada di bawah kepimpinan Hamidin.

 

ā€œKalau kita tidak ada kepimpinan yang berterusan, tiada kesinambungan biarpun pelan (F:30) sudah ada, ia agak sukar dan jika boleh kami mahu Hamidin kekal menerajui FAM sampai satu masa beliau berasa puas dan berundur sendiri tetapi buat masa ini, kami masih menagih kepimpinannya,ā€ katanya selepas tamat Kongres FAM ke-56 di Hilton Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Terdahulu, Hamidin mahu mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk terus menggalas sebagai Presiden FAM biarpun menerima sokongan lebih daripada separuh ahli gabungan supaya kekal menjadi pemimpin badan induk persatuan itu dalam Kongres FAM ke-56, Sabtu lalu.

Ini kerana Hamidin menjelaskan menjawat tugas sebagai Presiden FAM adalah cukup berat dan perlu bekerja keras terutama untuk tempoh empat tahun akan datang.

Bagaimanapun Hamidin memberitahu hasrat sama ada mahu pertahankan jawatan Presiden FAM akan dipertimbangkan terlebih dahulu sebelum mesyuarat kongres akan datang yang dijangka berlangsung pada April tahun depan.

- Advertisement -