Kedah_FAOleh Ku Mohd Lufti

Kedah memanfaatkan waktu rehat saingan Liga Super untuk mencari pemain import dalam misi memperkukuhkan barisan pemain bagi menghadapi baki saingan liga Malaysia serta Piala Malaysia.

Pemain kelahiran Brazil, Bruno Lopes antara yang tiba di negeri utara tanah air itu dan akan diuji pada Rabu ketika Kedah akan beraksi menentang MIFA FC.

Pemain berusia 29 tahun ini akan beraksi di bahagian serangan, pernah beraksi di Asia dimana beliau bermain untuk kelab Thailand, Ratchaburi pada 2015 dengan 13 penampilan.

Selain beraksi di posisi penyerang, pemain tinggi lampai kelahiran Coritiba ini juga boleh bermain di bahagian sayap.

Tan Cheng Ho perlu melakukan rombakan susulan kecederaan yang melanda skuad Lang Merah termasuklah pemain tengah, Sandro Da Silva yang cedera dibahagian belakang.

Selepas 12 perlawanan, Kedah menghuni tangga kelima liga dengan 16 mata selepas meraih tiga kemenangan, tujuh seri dan dua kekalahan.

- Advertisement -