Selepas tujuh bulan beraksi, lapan pasukan yang akan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2018 bakal diketahui pada perlawanan terakhir hujung minggu ini.

Saingan 100PLUS Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bawah 14 tahun masih lagi sengit khusus di Liga Super dimana perjuangan lapan pasukan untuk merebut lima kedudukan teratas masih belum berakhir.

SMK Za’ba dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) sudah mengesahkan dua slot pertama ke suku akhir selepas mengekalkan kedudukan di tangga kedua dan ketiga Liga Super.

Kemenangan 1-0 ke atas SMK Seri Kota sudah cukup buat SMK Za’ba untuk mengumpul 26 mata selepas beraksi 11 perlawanan.

“Walaupun menang dengan jaringan 1-0, banyak peluang yang terhidang terutamanya didepan gol lawan gagal diterjemahkan menjadi jaringan.

“Suku akhir, saya perlu pastikan semua pemain berada dalam keadaan yang bersedia dari aspek fizikal dan mental. Barisan serangan dan pertahanan akan diperkemas untuk pastikan slot suku akhir milik kami ,”kata pengendali SMK Za’ba, Hakimi Ramli.

SSTMI pula menduduki tangga ketiga dengan 23 mata selepas tujuh kemenangan dua keputusan seri dan dua kekalahan.

SMK Bukit Indah, SMK Seri Kota, SMK Presint 14 (1) antara lima pasukan yang bersaing sengit untuk perebutan ke peringkat suku akhir.

SMK Bukit Indah terlepas peluang untuk menjarakkan jurang mata dengan pasukan tangga kelima apabila seri tanpa jaringan dengan SMK Bukit Nenas.

Selepas beraksi 11 perlawanan SMK Bukit Indah mengumpul 17 mata, satu mata didepan Sekolah Sukan Malaysia Pahang B13 ‘A’ yang turut melakar keputusan seri satu sama ke atas SMK Tabuan Jaya.

Lima pasukan teratas Liga Super layak secara automatik manakala tiga pasukan dari Liga Perdana melengkapkan lapan pasukan ke saingan suku akhir Piala Menteri Pendidikan Malaysia 2018.

Saingan Liga Perdana pula menyaksikan SSMP B14 ‘B’ menerajui carta liga selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas SMK Tun Hussein Onn.

Manakala pendahulu minggu lalu, SMK Putera terlepas peluang untuk mengekalkan kedudukan dipersada liga selepas terikat tiga sama dengan SMK Gunung Rapat.

Selepas beraksi 9 perlawanan, SMK Putera mengumpul 23 matauntuk berada dikedudukan kedua, dua mata dibelakang pendahulu sementara SMK Ibrahim FIkri dikedudukan ketiga, dibezakan satu mata dengan SMK Putera.

Hanya SMK Ibrahim FIkri masih belum selamat sekaligus melangkah ke saingan suku akhir kerana dua pasukan SMK Tun Hussein Onn dan dan SMK Seksyen 11 mengekori rapat dibelakang.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN BAWAH 14 TAHUN

 

SMK Mutiara Impian             1

SMK Presint 14 (1)               2

 

SMK Bukit Nenas                  0

SMK Bukit Indah                  0

 

SMK Za’ba                           1

SMK Seri Kota                      0

 

SSMP ‘A’                              6

SMK Seri Titiwangsa              0

 

SMK Tabuan Jaya                 1

SSMP B13 ‘A’                        1

 

KEDUDUKAN LIGA SUPER

PASUKAN P M S K MATA
1 SS MALAYSIA PAHANG B14 A 11 10 1 0 31
2 SMK ZA’BA 11 8 2 1 26
3 SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL 11 7 2 2 23
4 SMK BUKIT INDAH 11 5 2 4 17
5 SS MALAYSIA PAHANG B13 A 9 5 1 3 16
6 SMK SERI KOTA 12 5 0 7 15

 

KEDUDUKAN LIGA PERDANA 

PASUKAN P M S K MATA
1 SS MALAYSIA PAHANG B14 B 9 8 1 0 25
2 SMK PUTERA 9 7 2 0 23
3 SMK IBRAHIM FIKRI 10 7 1 2 22
4 SMK TUN HUSSIEN ONN 10 7 0 3 21
5 SMK SEKSYEN 11 10 6 1 3 19
6 SMK GUNUNG RAPAT 10 5 2 3 17
- Advertisement -