Bagi memastikan keselamatan sepanjang berlangsungnya temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017), Polis Diraja Malaysia meletakkan lebih 8,000 pegawai dan anggotanya untuk bertugas.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, disamping menjaga keselamatan dan trafik, beliau juga meminta anggota polis sentiasa berinteraksi dengan atlet serta pegawai sukan dan pelancong luar bagi memudahkan semua pihak.

“Pegawai-pegawai kita akan dilatih untuk memberikan khidmat kepada merela dengan detail mungkin dan kita juga mahu pegawai-pegawai polis memberi tunjuk arah untuk membantu mereka.

“Selain itu, kita juga akan memastikan tiada sekarang anasir-anasir yang tidak diingini yang boleh menjejaskan perjalanan sukan SEA nanti,” katanya ketika di sidang media di Stadium Akuatik Bukit Jalil, Kuala Lumpur semalam (31 Julai).

Bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar, Zulkiffli berkata pihaknya juga akan mengadakan beberapa lagi sesi latihan dalam memantapkan lagi kesiapsiagaan PDRM termasuk melibatkan agensi-agensi keselamatan lain.

“Sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini, kita mahu agensi-agensi keselamatan yang terlibat dengan PDRM berkerjasama dengan baik dan pantas dalam menangani sebarang insiden,” katanya lagi. – OLEH HUSNIYAH GHAZALI

- Advertisement -