penyokong-sarawak-mengamuk

Oleh Ku Mohd Lufti

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat mengesahkan sejumlah 2093 anggota polis akan ditempatkan di sekitar Stadium Shah Alam bagi memastikan kelancaran saingan akhir PIala Malaysia malam esok.

 Pihak Polis akan turut dibantu 350 anggota keselamatan lain termasuk yang disediakan penganjur dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

“Penyokong kedua-dua pasukan diminta mematuhi kawalan keselamatan yang ditetapkan selain tidak membawa barang larangan seperti senjata tajam, botol minuman dan bahan letupan.

“Jika didapati ada penyokong membawa atau memiliki bahan letupan termasuk suar, bunga api dan mercun, kita akan tahan mereka serta-merta,” kata ACP Shafien Mamat.

Shafien menambah, polis akan melakukan pemeriksaan badan terhadap setiap penyokong dan akan dibantu unit anjing pengesan (K9) di semua pintu masuk stadium sebagai langkah berjaga-jaga.

“Polis juga telah menubuhkan satu pasukan petugas dengan anggotanya akan berada bersama penyokong bagi memantau keadaan di dalam stadium sepanjang perlawanan berlangsung,” katanya.

Pintu masuk di stadium akan dibuka seawal jam 4 petang bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada penyokong yang datang lebih awal sebelum sepak mula diantara Kedah dan Selangor dijadual bermula pada 9 malam.

Malah, Shafien mengingatkan agar penonton masuk mengikut pintu pintau yang telah ditetapkan dimana penyokong Selangor diminta masuk menggunakan Pintu A dan D manaka, penyokong Kedah diminta untuk masuk menerusi Pintu B dan C.

- Advertisement -