Saingan Liga Super China (CSL) berkemungkinan akan disambung semula pada penghujung Jun selepas ditunda sejak penghujung Februari susulan penularan Covid 19.

Namun, ia berkemungkinan besar tidak akan melibatkan pemain pemain import susulan perintah kawalan untuk tidak membenarkan kemasukan orang luar ke negara itu yang bermula pada Mac.

Presiden Persatuan Bolasepak China (CFA) Chen Xuyuan kelab kelab berdepan isu besar kerana bukan sahaja pemain, tetapi pegawai pasukan yang bukan berasal dari China tidak dibenarkan untuk masuk ke negara itu selepas perintah kawalan kemasukan ke negara itu dikuat kuasakan.

Kebanyakan pemain pulang ke negara asal ketika Covid 19 dan ada segelintir yang kembali semula ke China sebelum perintah tidak membenarkan kemasukan orang luar dimulakan.

Antaranya pengendali juara liga, Guangzhou Evergrande, Fabio Cannavaro yang kembali ke China.

Namun pasukannya berdepan kesulitan kerana Paulinho dan Anderson Talisca masih berada di Brazil dan tidak dibenarkan kembali ke China.

Nasib yang sama turut membelenggu satu lagi kelab , Guoan yang berkemungkinan beraksi tanpa kelibat jurulatih, Bruno Genesio serta pemain Brazil, Renato Augusto dan Cedric Bakumbu.

Shanghai SIPG juga ‘kehilangan’ bekas penyerang kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Marko Arnautovic, namun sedikit lega kerana dua bintang Brazil Hulk dan Oscar sempat kembali ke China.

Xuyuan akan mempertimbangkan perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk membawa semua pemain dan pegawai pasukan sebelum sepak mula CSL dimulakan

 

- Advertisement -