Screenshot (3)

Selepas kejadian perlumbaan CP130 dan CP115  yang terpaksa dibatalkan akibat angin kencang di Teluk Intan, Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2015 kini bersambung dengan venue baru menjadi hos bagi Pusingan 8 kejuaraan pada minggu ini.

Buat pertama kalinya dalam kalendar Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) menjadi hos kepada siri kejuaraan yang sudah memasuki musim ke-22 penganjuran selain merupakan litar sementara yang ketiga berlangsungnya perlumbaan di Selangor selain Banting dan Sungai Buloh sebelum ini.

Menurut Ketua Operasi Cub Prix, Shafry Azizan, membina litar perlumbaan di kawasan MAEPS memang merupakan antara impiannya sebelum ini. “Cub Prix kebanyakannya dilangsungkan di litar sementara, jadi kita seringkali berhadapan dengan kekangan bentuk muka bumi dan jalan raya di kawasan terbabit.

Pada masa sama, kita perlu memastikan bentuk litar yang dibina memenuhi keperluan dan cabaran kepada pelumba. Oleh itu, kami petugas Operasi Cub Prix sememangnya teruja dengan venue MAEPS ini kerana dapat menyediakan 10 selekoh dalam satu litar kepada pelumba dan pasukan bertanding,” jelasnya.

Dibentuk dengan jarak sepanjang 1.110kilometer, litar sementara MAEPS mempunyai laluan lurus terpanjang sejauh 335m dengan laluan pecut ke garisan penamat sepanjang 237m. “Jika kedudukan pelumba rapat selepas keluar dari Selekoh 10, kelebihan mungkin akan memihak kepada pelumba yang pandai ‘curi angin (slipstream)’. Malah laluan lurus yang panjang ini juga sangat mencabar kerana pelumba akan melalui laluan berbukit yang pasti memerlukan kelebihan dari segi kuasa jentera. Sistem saspensi yang bagus juga memainkan peranan penting di litar ini,” jelas Shafry lagi.

Walaupun penekanan banyak diberikan terhadap laluan lurus di garisan penamat, namun beberapa selekoh mencabar turut menanti pelumba-pelumba di bahagian belakang litar, di mana jarang didapati dalam perlumbaan di litar jalanan seperti ini.

“Dari Selekoh 3 hingga Selekoh 8 merupakan bahagian penting dan kritikal dalam perlumbaan ini. Kebanyakan pasukan pasti menyedari bahagian ini akan memainkan peranan bagi menentukan kalah dan menang pelumba. Pelumba perlu melepasi selekoh ‘S’ yang sempit dan ia akan benar-benar menguji kemahiran pelumba. Selepas selekoh ‘chicane’ ini, mereka kemudiannya akan melepasi dua selekoh yang pantas dan memerlukan kelajuan serta tunggangan yang baik. Selain itu, kelebaran litar ini juga cukup untuk pelumba mencari ruang memintas. Jadi pada masa sama pelumba juga perlu cekap menutup ruang bagi mengelakkan mereka dipintas,” jelas beliau.

Dalam perebutan pemburuan gelaran juara keseluruhan, kelas Wira telahpun menjadi milik Mohd Harith Farhan Baharin dari pasukan Kozi Yam Honda Racing selepas menjuarai kelas tersebut pada pusingan lepas di Teluk Intan. Dalam kelas CP115, Kasma Daniel Kasmayudin kini berkelebihan 34 mata ke atas pencabar terdekat, Tengku Amirul Haffirudin dari pasukan Motul Yamaha YY Pang.

Dalam kelas CP130, perebutan tertumpu ke arah adik beradik, Ahmad Fazrul Sham dan abangnya, Ahmad Fazli Sham. Ahmad Fazrul berada dalam kedudukan terbaik untuk memburu gelaran pertama dalam kariernya apabila mendahului kedudukan dengan 95 mata, 25 mata mengatasi Fazli yang dalam misi memburu gelaran ketiga dalam kariernya.

Perlumbaan Pusingan 8 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS adalah terbuka kepada orang ramai dan menyajikan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga. Masuk adalah percuma!

Shafry

THE TRACK THAT HAS IT ALL

SubHead: MAEPS To Play Host To Round 8 of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship

Moving on from the storm-tossed experience last month in Teluk Intan that led to the cancellation of the CP130 and CP115 finals, the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship returns with Round 8 at a brand new host venue. Scheduled to be held over two days from October 17 to 18, 2015, Round 8 will take place at the Malaysia Agro Exhibition Park (MAEPS) in Serdang, Selangor. This marks the third time in Cub Prix’s 22-year-history where a street race (temporary track) is held in Selangor. The other two previous venues were Banting and Sungai Buloh.

According to Cub Prix’s Operations Chief, Shafry Azizan, crafting a temporary track out of the land available at MAEPS had been a dream come true. “Because Cub Prix races on temporary circuits, we are often constrained by the existing lay of the land. At the same time, we had to ensure that there are enough challenges in each track to fulfil the requirements of an exiting race. Therefore, the Operations team had been particularly excited about the MAEPS venue because we are able to pack in 10 different types of corners to test the riders and the teams,” he said.

At 1.110km long, the MAEPS temporary track will feature a 335m front straight. The final sprint from the last turn to the finish line is measured at 237m. “If the riders are close enough at the exit of Turn 10, there may be a window of opportunity to take advantage of the slipstream. The long straight is made even more challenging with a change of elevation, stressing more on the bike’s ability to deliver quick power. Suspension will also be a key factor here,” Shafry described.

While the emphasis is on the top end of the bike at the front straight, the back end of the track brings together a series of interesting corners rarely seen in street racing. “Turn 3 to Turn 8 may well be the most critical part of the race. The planning team believes that this is where the race will be won and lost. The riders will first enter a tight chicane that is a huge test of rider skill. Exiting the chicane, they will then rush into two sweeping corners that calls for rolling speed and smart riding. Here, the track is wide enough for overtaking opportunities. So the riders must race smart to protect their racing line,” he elaborated.

In the title chase so far, only the Wira class has been sealed by Md Harith Farhan Baharin of team Kozi Yam Honda Racing. Harith won the title in Teluk Intan. In the CP115 class, Kasma Daniel Kasmayudin, has carved out a 34-point advantage over Motul Yamaha YY Pang’s Tengku Amirul Haffiruddin. The premiere CP130 class will see a battle royale between two brothers. Championship leader Ahmad Fazrul Sham is spoiling for the first title of his career leads with 95 points followed by his elder brother Ahmad Fazli Sham who is chasing for the third title of his career.

Round 8 of the 2015 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship is free for the public and will be completed with a host of fun and interesting activities for all in the family.

- Advertisement -