Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dengan bangganya ingin memaklumkan bahawa Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan akan menyertai FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 yang akan berlangsung pada 1 hingga 12 April 2022 di Potchefstroom, Afrika Selatan.
Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) selaku badan induk hoki dunia telah menghantar tawaran kepada KHM petang ini untuk menyertai kejohanan tersebut ekoran terdapat satu slot kosong bagi benua Asia selepas Jepun membuat keputusan untuk menarik diri.
Malaysia dipilih untuk mengisi slot tersebut berdasarkan kiraan merit yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan kelima Asia dan KHM berbesar hati dengan peluang yang ditawarkan kepada Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan.
Sejak Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita diperkenalkan pada 1989 di Ottawa, Canada, ini merupakan kali pertama Pasukan Remaja Wanita Malaysia akan membuat penampilan di kejohanan berprestij itu.
Presiden KHM, Datoâ Sri Subahan Kamal nyata amat gembira dengan perkhabaran dan undangan yang diterima daripada FIH.
âPihak pengurusan tertinggi KHM nyata gembira dengan perkhabaran dan undangan yang kami terima dan kami melihat peluang beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022 sebagai satu penghormatan.
âSelepas berbincang, dengan pihak pengurusan tertinggi KHM serta Majlis Sukan Negara (MSN), kami sebulat suara bersetuju untuk menerima peluang yang ditawarkan bagi mengambil bahagian beraksi di Kejohanan FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita 2022.
âIni juga merupakan satu sejarah bagi hoki wanita Malaysia yang harus dibanggakan.
âKHM cukup berbesar hati untuk menghantar Skuad Projek Khas Wanita Kebangsaan beraksi di kejohanan tertinggi dunia itu dan ia selaras dengan misi KHM iaitu untuk membawa hoki wanita di kedudukan yang tertinggi dan terbaik di peringat Asia mahupun dunia dalam lima tahun akan datang.
âSegala perancangan dan persediaan termasuk pengumuman senarai penuh pemain yang akan menyertai kejohanan ini akan dimaklumkan dalam masa terdekat,â jelas Datoâ Sri Subahan Kamal.
Bagi FIH Hoki Piala Dunia Remaja Wanita edisi kesembilan ini, Malaysia di kedudukan ranking ke-20 dunia akan menyertai Belanda (ranking pertama), England (ke-2), Argentina (ke-3), Jerman (ke-5), India (ke-9), Korea (ke-11), Ireland (ke-12), Kanada (ke-13), Amerika Syarikat (ke-15), Afrika Selatan (ke-16), Rusia (ke-22), Wales (ke-23), Uruguay (ke-26), Ukraine (ke-28), dan Zimbabwe berkedudukan ke-54 dunia.