Mimpi ngeri Piala Sudirman pada 2013 ditebus dengan kejayaan besar selepas menundukkan Jerman 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan C di Gold Coast & Leisure Centre, Australia hari ini.

Mata pertama disumbang gandingan bergu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing yang menundukkan pasangan  Mark Lamsfuss-Isabel Hettrich straight set 21-17, 21-13.

Datuk Lee Ching Wei ternyata tidak berdepan tugas sukar untuk menyumbang mata kedua selepas melakar kemenangan straight set ke atas Roth Fabian dalam aksi perseorangan lelaki 21-12, 21-11.

Kemenangan mutlak Malaysia disahkan berlu lelaki utama Malaysia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan gandingan Jones Rafly Jansen-Josche Zurwonne, juga dengan kemenangan straight set 21-16, 21-19.

Permata negara dalam aksi perseorangan wanita, Goh Jin Wei turut menyumbang mata selepas menang ke atas Fabiene Deprez, 21-10, 21-13 dalam masa 31 minit untuk Malaysia mendahului 4-0.

Beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun-Woon Khe Wei melengkapkan kemenangan Malaysia ke atas Jerman selepas menang ke atas Johanna Goliszewski-Isabel Herttrich 21-12 dan 21-11.

Malaysia sah ke suku akhir dan akan berdepan Jepun esok bagi menentukan kedudukan selaku juara atau naib juara kumpulan C. – OLEH KU MOHD LUFTI

- Advertisement -