hockey-jr-wc

Oleh Ku Mohd Lufti

Skuad hoki remaja negara melakar kemenangan sulung selepas menewaskan Mesir 2-0 sekaligus menghidupkan peluang untuk memburu slot ke pusingan kalah mati di Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja di Lucknow, India.

Jaringan pembukaan skuad kendalian Lawrence Tan hadir dua minit sebelum tamat suku pertama perlawanan menerusi gol padang yang disempurnakan Mohd Zulhamizan Awang Abas.

Mesir ternyata sukar untuk digugat apabila setiap percubaan Malaysia gagal merobek gawang mereka.

Kelebihan tampak menjadi milik Malaysia di suku ketiga perlawanan apabila barisan pertahanan Mesir mula goyah.

Peluang ini dimanfaatkan Khaliq Hamirin yang melakar nama selaku penjaring kedua untuk Malaysia selesa didepan 2-0 di minit ke 6.

Kemenangan sulung itu sekaligus memberikan 3 mata berharga buat Malaysia untuk berada ditangga ketiga Kumpulan B.

Malaysia berkongsi 3 mata dengan Belanda yang tewas 2-3 kepada pendahulu Belgium, sekaligus menghidupkan peluang untuk memburu slot ke peringkat seterusnya.

Dalam aksi Pembukaan, Malaysia gagal menyaingi kehebatan Belanda apabila tewas 2-7 pada Jumaat.

Skuad kendalian Lawrence Tan memerlukan kemenangan ke atas pendahulu, Belgium petang esok andai mahu ke peringkat kalah mati.

- Advertisement -