Rio-Olympics-closing-ceremony

Stadium Maracana yang menjadi venue bagi upacara penutup temasya sukan Olimpik Rio terputus bekalan elektrik beberapa minit sebelum upacara penutupan Sukan Olimpik Rio 2016 sedang berlangsung.

Tindakan pantas petugas petugas yang terlubat bagaimanapun berjaya mengatasi masalah tersebut dan perjalanan upacara penutupan temasya edisi ke 31 itu berjalan dengan lancar.

Dalam pada itu, angin betiup kuat di sekitar Olimpik Park pada Ahad, mengakibatkan beberapa kerosakan berlaku di Pusat Akuatik dan pusat membeli belah berdekatan.

Malah tong tong sampah disekitar Olimpik Park bertaburan selepas terjatuh susulan angin yang kuat.

Situasi itu memaksa pihak berkuasa tempatan mengambil langkah drastic, memindahkan kesemua orang awam termasuk pegawai, atlet dan petugas petugas dari kawasan berkenaan.

Kejadian angin kuat sebelum ini turut berlaku di venue bagi acara rowing dan kapal layar sehingga mengakibatkan kerosakan pelantar sementara dan bangunan Pusat Operasi Televisyen sekaligus memaksa beberapa sesi latihan ditangguhkan.

- Advertisement -