2016 Olympic Rio - logoKetika hampir kesemua pegawai dan atlet sedang meraikan detik penutupan temasya sukan Olimpik Rio awal pagi ini, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengesahkan atlet dari negara Mongolia gagal dalam ujian doping.

Changnaadorj Usukhbayar, atlet berusia 19 tahun yang mengambil bahagian dalam acara angkat berat kategori 56 Kilogram disahkan mengambil testosterone, sejenis ubat yang tersenarai sebagai bahan terlarang.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas menilai borang yang dihantar Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) semalam.

Chagnadoori merupakan atlet ketujuh yang disabitkan dengan gaga ujian doping di sukan Olimpik Rio 2016.

Menerusi kenyataan media, CAS menjelaskan, meskipun hampir kesemua pusat operasi di Rio ditutup bahagian Anti Doping Mahkamah Timbang Tara Sukan tetap beroperasi di Lausanne, Switzerland untuk menguruskan setiap borang permohonan yang dihantar IOC berkenaan ujian doping sehingga hari terakhir temasya Olimpik Rio berlangsung.

- Advertisement -