100PLUS.latestOleh Ku Mohd Lufti

Melaka United terus member tekanan ke atas pencabar terdekat Kuala Lumpur selepas membenam pasukan tercorot, ANgkatan Tentera Malaysia 6-0.

Pemain Import, Ilija Spasojevic muncul wira Melaka United apabila meledak 4 gol (minit 20’, 37’, 44’ dan 90’) manakala P Gunasekaran dan Labinot Harbuzi masing masing menyumbat satu gol untuk skuad kendalian Mat Zan Mat Aris.

Di tangga kedua, NS Matrix yang melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas UiTM FC di Shah Alam.

Penyerang tinggi lampai, Mohd Afiq Azmi muncul wira Hoben Jang Hoben apabila menjaringkan gol kemenangan untuk NS Matrix pada masa tambahan untuk memastikan 3 mata berharga berjaya diraih.

Kemenangan itu sekaligus membawa NS Matrix ke tangga kedua liga dengan 22 mata selepas mengharungi 11 perlawanan.

Kedudukan NS mungkin berubah andai Kuala Lumpur berjaya melakar kemenangan ke atas Sime Darby.

Di Tanjung Malim, tuan rumah, DRB Hicom gagal memanfaatkan kelebihan dilaman sendiri apabila tewas 1-2 ke atas naib juara piala FA, PKNS FC.

Skuad kendalian E ELavarasan menghuni tangga keempat dengan 20 mata manakala DRB Hicom di tangga ke 6 dengan 16 mata.

Kedudukan PKNS FC juga mungkin berubah andai JDT 2 melakar kemenangan ke atas Kuantan FA.

- Advertisement -