Saingan bolasepak Amerika Syarikat (Major League Soccer) MLS dijangka akan dimulakan pada 8 Jun depan.

Laporan media antarabangsa, perancangan awal untuk menyambung semula MLS pada pertengahan Mei tampak tidak akan berlaku susulan arahan perintah kawalan semasa bagi menangani pandemik Covid 19.

Pentadbiran MLS tetap memfokuskan untuk melaksanakan seberapa banyak perlawanan menerusi pelan perancangan yang memberi penekanan terhadap mengelak kerja dalam satu kumpulan besar serta pemilihan venue venue neutral.

Selain MLS, kejohanan golf jelajah PGA juga dijangka akan berlangsung di pertengahan Jun di Texas dimana ia berkemungkinan untuk dilangsungkan tanpa kehadiran penonton.

 

 

 

- Advertisement -