Mohd Nafiizwan

Oleh Ku Mohd Lufti

Pemain skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan mengakhiri kemarau gelaran selama 11 bulan apabila menjuarai Kejohanan Skuasy Antarabangsa Hong Kong Football Club (HKFC) di Hong Kong.

Pemain, yang berpangkalan di Manchester, England, itu merangkul gelaran itu dalam percubaan keempat selepas mengalahkan pemain New Zealand, Paul Coll straight game, 11-6, 11-8, 11-8 dalam aksi final selepas bertarung selama 51 minit.

Mohd Nafiizwan kali terakhir merangkul kejuaraan pada Kejohanan Klasik Antarabangsa New Zeland, Jun tahun lepas.

Untuk rekod , pada 2013, beliau hanya mampu melangkah sehingga peringkat separuh akhir manakala pada 2014, dan 2015, Nafiizwan mara sehingga ke pusingan suku akhir.

Dalam kategori wanita, pilihan utama Joelle Kong dari New Zealand merangkul kejuaraan pertama musim ini selepas menundukkan pemain India, Joshna Chinappa 11-9, 11-9, 9-11, 11-9 dalam final.

- Advertisement -