Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berterima kasih dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang membuat keputusan pantas berhubung status penganjuran temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden MOM, Datuk Seri Norza Zakaria nyata berpuas hati dan memuji IOC dan Jawatankuasa Penganjur Tokyo 2020 serta Jepun yang memutuskan untuk menunda temasya itu susulan pandemik Covid-19.

“MOM memberi sokongan penuh kepada keputusan untuk menunda Sukan Olimpik Tokyo 2020 ke tarikh yang tidak melewati musim panas tahun 2021.

“Kami akan menilai kesan terhadap atlet serta mendapatkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Persatuan Sukan Kebangsaan.

“MOM juga gembira penundaan ini diputuskan sekarang. Keutamaan kami adalah keselamatan dan kesejahteraan atlet terutama yang telah layak ke Tokyo 2020,”kata Norza.

Tambahnya lagi, penundaan ini memberikan ruang kepada atlet negara untuk memburu tiket secara merit ke Tokyo 2020.

“Keutamaan kami sebagai komuniti sukan ketika ini adalah untuk menyokong kerajaan dalam menangani ancaman Covid-19,”katanya lagi

Kerjasama diantara MOM dengan badan berkaitan serta pemegang taruh dalam dan luar negara akan diterukan untuk memastika atlet negara terus mendapat perlindungan.

 

- Advertisement -