Pengumuman penundaan temasya Olimpik Tokyo 2020 yang diumumkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) selepas mencapai kata sepakat dengan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe serta pihak pihak yang terlibat dengan jawatankuasa penganjuran Tokyo 2020 jelas mendapat reaksi positif.

Penangguhan ini secara tidak langsung membuka ruang kepada atlet untuk memburu slot sekaligus layak secara merit ke Olimpik Tokyo 2020.

Bagi jurulatih pelayaran, Mohd Afendy Abdullah, ia memberi kelegaan buat jurulatih dan atlet. Penundaan ini satu perkhabaran positif dan memberi ruang kepada atlet untuk melakukan persiapan.

“Penundaan ini adalah satu berita baik bagi atlit yang layak ke Olympic kerana memberi peluang bagi membuat persiapan yang lebih baik dan melegakan semua atlit dan jurulatih.

“Peluang ini perlu di gunakan untuk membeli peralatan dan keperluan jurulatih. Jika sebelum ini hampir pasti kebanyakkan program menghadapi masalah dengan penanguhan ini saya berharap semua akan berjalan lancar selepas masalah Covid19 dapat di atasi,”katanya.

Daripada 10 atlet yang telah layak secara merit ke Tokyo empat merupakan atlet pelayaran; Khairulnizam Mohd Afendy (Nur Shazrin Mohd Latiff, Juni Karimah dan Nuraisyah Jamil.

Tambah Afendy lagi, pelayaran masih memburu slot ke Tokyo 2020 bagi acara windsurfing.

“Manakala pelayar yang masih belum layak seperti kelas Windsurfing RSX dapat mengunakan penangguhan ini untuk lebih bersedia bagi melayakan diri kelak,”katanya lagi. 

- Advertisement -