Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid

Oleh Ku Mohd Lufti

Ekoran kemerosotan prestasi dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu, PBSNT mengambil tindakan drastik dengan merehatkan ketua jurulatih Terengganu FA, Mike Mulvey berkuatkuasa semalam.

Perkara itu dinyatakan sendiri Presiden PBSNT Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid selepas menghadiri perjumpaan tergempar bersama-sama ahli jawatankuasa persatuan yang dipengerusikan Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Datuk Rozi Mamat di Wisma Darul Iman.

Selain itu dua calon jurulatih tempatan turut disenarai pendek untuk menggalas tugas mengendalikan skuad penyu pada perlawanan seterusnya.

Keputusan pengunduran itu diambil selepas Datuk Rozi selaku wakil kerajaan negeri memohon PBSNT melakukan perubahan drastik dari segi corak pengurusan pentadbiran persatuan berkenaan.

Malah pada perjumpaan lebih satu jam ini, Datuk Wan Ahmad Nizam turut mengumumkan perletakkan jawatan beliau, selaku presiden PBSNT pada tahun ini. 

Namun begitu, beliau akan tetap menjalankan tugasnya seperti biasa sebelum tanggungjawabnya diambil alih oleh menteri besar sendiri pada sidang mesyuarat agong persatuan akan datang.

Selain itu Dato’ Wan Ahmad Nizam turut bertegas, akan terus mengundurkan diri dari jawatan tersebut jika pasukan sang penyu gagal melangkah ke suku akhir Piala Malaysia musim ini.:

Datuk Wan Ahmad Nizam yang sudah menerajui PBSNT selama empat tahun sememangnya sudah menjangkakan senario sebegini dan akur dengan kehendak serta perubahan yang diinginkan oleh peminat dan penyokong pasukan sang penyu.

- Advertisement -