Selepas mengharungi musim yang mengecewakan dan gagal dalam usaha menyelamatkan diri dari tersingkir ke Liga Premier, Negeri Sembilan dan Kelantan membawa misi getir untuk merebut slot terakhir beraksi di pertandingan Piala Malaysia musim ini.

Dua bekas juara itu sedar mereka tidak boleh terlepas tiket bermain di pertandingan berprestij itu namun hanya satu daripada mereka akan berjaya dalam perjuangan terakhir ini. Jadi siapakah di antara Negeri Sembilan dan Kelantan akan berjaya memanfaatkan talian hayat terakhir yang tinggal?

Untuk rekod, Kelantan tidak pernah gagal layak ke Piala Malaysia sejak 2007 manakala Negeri Sembilan pula pernah dua kali terlepas pada 2014 dan 2015 ā€“ kedua-duanya kandas di peringkat play-off.

Negeri Sembilan merupakan juara tiga kali pada 1948, 2009 dan 2011 manakala Kelantan pula pernah menjulangnya dua kali pada 2010 dan terakhir ketika kejayaan menjulang treble bersejarah pada 2012.

Masing-masing mengumpul 15 mata menuju ke aksi penutup tirai saingan Liga Super pada minggu ini. Jang akan melayan kunjungan Melaka United di Paroi pada Sabtu manakala Kelantan pula menunggu Pahang di Kota Bharu pada Ahad.

Mereka tidak membawa misi wajib menang, apa-apa keputusan boleh merubah nasib mereka tetapi jika mata masih terikat selepas aksi terakhir itu, kelebihan memihak kepada Negeri Sembilan berdasarkan beza jaringan yang besar.

Jurulatih Negeri Sembilan, Mario Lemos berkata, ā€œHanya ini satu-satunya pengubat yang tinggal buat penyokong musim ini, dan di atas kertas kita miliki kelebihan berbanding Kelantan. Saya berharap pemain ketepikan kekecewaan dan memberi sepenuh fokus, hadiahkan sesuatu untuk dirai kepada penyokong.ā€

Manakala jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah pula berkata, ā€œSemuanya bukan dalam tangan kita. Negeri Sembilan akan bermain lebih awal dan jika mereka menang, secara realistik mereka layak kerana ia sukar untuk kita menang dengan margin besar ke atas Pahang.

ā€œKita perlu bantuan Melaka untuk sekat Negeri Sembilan dan kita perlu tewaskan Pahang. Saya memang inginkan Kelantan bermain di Piala Malaysia kerana saya tahu betapa besar nilainya pertandingan ini.ā€

15 pasukan yang sudah mengesahkan tempat di Piala Malaysia adalah 10 pasukan Liga Super iaitu Johor Darul Takzim, Perak, Pahang, Kedah, Terengganu FC, PKNS FC, Melaka United, Selangor, Kuala Lumpur dan PKNS FC serta lima pasukan Liga Premier iaitu Felda United, Felcra FC, MIFA, Sabah dan PDRM.MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -