Ligue 1 Perancis tampak berdepan ‘masalah’ apabila pemain pemain dikesan positif jangkitan Covid 19.

Juara lga musim lalu, Paris St Germain mengesahkan tiga pemain kelab itu positif Covid 19 berdasarkan keputusan ujian yang telah dijalankan.

Kenyataan rasmi kelab itu bagaimanapun tidak mendedahkan pemain pemain yang dijangkiti namun mengesahkan kesemua pemain dan barisan kejurulatihan akan menjalani ujian saringan.

Spekulasi juga bertiup bintang kelab itu, Neymar antara yang dijangkiti sekaligus disahkan positif Covid 19.

PSG dijadual bertemu RC Lens pada 10 September sementara perlawanan Ligue 1 antaranya Marseille dan Saint-Etienne ditunda bulan lalu selepas empat pemain Marseille didapati positif Covid 19.

Penganjur Ligue 1 sebelum ini meengesahkan liga akan berdepan penundaan andai kes jangkitan Covid 19 melibatkan pemain dan pegawai melebihi tiga orang.

Musim 2019/2020 Ligue 1 dipendekkan dan ditamatkan pada April susulan pandemik Covid 19 sekaligus menyaksikan PSG dinobat selaku juara.

 

 

- Advertisement -