Perseorangan lelaki yang sedang meningkat naik, Ng Tze Yong mengesahkan status selaku juara Terbuka Scotland selepas menundukkan seorang lagi wakil negara, Soong Joo Ven di pentas final.

Tze Yong nyata menerima tentangan sengit daripada Joo ven apabila kedua dua pemain saling berkejaran mata.

Namun pemain berusia 21 tahun ini tampak lebih tenang membaca corak permainan Joo Ven untuk mencari ruang ruang terbuka sekaligus memastikan kemenangan straight set 21-18, 21-14 selepas bertarung selama 50 minit.

Impian untuk menyaksikan wakil negara menaiki podium selaku juara tidak kesampaian apabila tewas kepada lawan masing masing.

Gandingan Wan Muhd Arif Wan Junaidi – Muhd Haikal Nazri gagal meraih kemenangan dalam aksi bergu lelaki selepas tumpas kepada pilihan kelapan tuan rumah, Christopher Grimley – Matthew Grimley 20-22, 16-21.

Sementara bergu wanita, Anna Cheong Ching Yik – Teoh Mei Xing tumpas kepada pilihan pertama dari Kanada, Rachel Honderich – Kristen Tsai 14-21, 12-21.

 

 

- Advertisement -