nicol

Oleh Ku Mohd Lufti

Perjuangan ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David di Kejohanan Skuasy Terbuka Al Ahram berakhir apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pemain England, Sarah Jane Perry di peringkat suku akhir.

Nicol yang diletak selaku pilihan kedua kejohanan bangkit daripada kekalahan set pertama 9-11, dengan kemenangan di dua set berikutnya 11-3, 11-4.

Namun Sarah tampak sudah membaca gerakan Nicol apabila setiap pukulan berjaya dibalas dengan baik untuk melakar kemenangan di set keempat dan set penentuan 11-8, 11-9 sekaligus mara ke separuh akhir.

Sarah-Jane yang turut mengejutkan pilihan kelima, Camille Serme dari Perancis di pusingan pembukaan pada Isnin akan berdepan satu lagi tugas sukar, berdepan pemain tuan rumah, yang juga pilihan ketiga Raneem El-Welily di separuh akhir.

Terdahulu, Raneem mengalahkan pilihan ketujuh, Amanda Sobhy dari Amerika Syarikat 11-9, 4-11, 11-6 dan 11-3.

- Advertisement -