Agnes Keleti meraikan hari lahirnya yang ke 100 dan ia cukup bermakna buat atlet gimnasik kelahiran Hungary ini apabila majlis ringkas diadakan pada Sabtu lalu.

Keleti merupakan atlet yang pernah beraksi di pentas Sukan Olimpik dan meraih 10 pingat di Heksinki pada tahun 1952 dan Sukan Olimpik Melbourne 1956 dengan 5 emas, 3 perak, 2 gangsa diraih.

Beliau memenangi displin lantai pada 1952 dan mempertahankan pingat emas pada 1956 selain turut memenangi acara palang bertingkat dan balance beam sekaligus menjadikannya atlet Hungary paling cemerlang.

Sambutan hari lahirnya turut sama dirai Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) Thomas Bach yang mengucapkan tahniah menerusi panggilan telefon.

Bach nyata memuji semangat yang telah ditunjukkan Keleti sepanjang bergelar atlet dan pengorbanan yang telah dilalui untuk mencapai kejayaan perlu dijadikan contoh.

Hadiah bersempena ulang tahun kelahiran Agnes Keleti daripada IOC diserahkan Presiden Jawatankuasa Olimpik Hungary Krisztian Kulcsar dimana wakil IOC tidak dapat datang untuk meraikan bersama sama susulan penularan kes Covid 19.

Nama Keleti turut diletakkan dalam Lagenda Gimnastik Antarabangsa Sepanjang Zaman pada 2002.

 

- Advertisement -