Saingan minggu ketiga Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 2018 semakin rancak apabila dua pasukan berpesta gol ke atas lawan masing masing pada Sabtu.

Paling ceria pasukan dari Pantai Timur, Sekolah Sukan Malaysia Pahang ‘A’ (SSMP) yang melakar kemenangan besar setakat ini membenam SMK Bukit Nenas (Sekolah Sukan Negeri Terengganu) 9-0 digelanggang sendiri.

Empat gol terhasil pada babak pertama perlawanan dimana Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin meletakkan tuan rumah selesa dengan 2-0 dalam tempoh lapan minit.

Jaringan pembukaan terhasil di minit ke 6 sebelum Nabil sekali lagi melakar nama selaku penjaring di minit ke 14.

Derita SMK Bukit Nenas berterusan apabila giliran Muhd Azafrul Farish Azman melakar nama selaku penjaring berselamg dua minit kemudian sebelum menjadikan kedudukan 4-0 untuk SSMP ‘A’ di penghujung babak pertama.

Kesilapan pertahanan pelawat terus dihukum tuan rumah dengan dua gol pantas di minit ke 44 dan 45 menerusi jaringan hatrik Nabil dan Muhd Aliff Izwan Yuslan.

Aliff sekali lagi cemerlang menambah koleksi gol di minit ke 59 untuk kedudukan 8-0 sebelum Muhd Daniel Edzuan Mohd Anuar menutup kenduri gol SSMP ‘A’ di minit 64.

Dalam pada itu, satu lagi pasukan dari Pahang, SSMP B13 ‘A’ diratah pasukan dari selatan tanah air, SSTMI 0-5.

Danish Iskandar membuka tirai gol di minit 10 sebelum Muhd Harry Danish Mohd Haizon menjadikan kedudukan 2-0 di minit ke 26.

Danish dan Harry sekali lagi cemerlang mencetak gol masing masing di minit ke 48 dan 57 disusuli  jaringan sendiri Muhd Safwan Shuhaimi dipenghujung perlawanan melengkapkan pesta gol SSTMI.

Selepas tiga perlawanan, SSMP ‘A’ dan SSTMI kekal dengan rekod tanpa kalah selepas tiga perlawanan untuk berkongsi sembilan mata namun liga super diterajui SSMP ‘A’ berdasarkan kelebihan gol.

Sementara itu, SMK Syed Hassan, Perlis terlepas peluang untuk berada dalam kelompok teratas  sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah susulan kekalahan 0-1 kepada SMK Za’aba, N Sembilan.

Bermain di gelanggang lawan ternyata memberi tekanan buat SMK Syed Hassan apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Tuan rumah hanya menanti di minit ke lapan untuk memastikan tiga mata penting berjaya diraih menerusi penyudah Danish Zikry Zubir.

Selepas tiga perlawanan, SMK Syed Hassan dan SMK Za’ba berkongsi enam mata bersama sama SS Malaysia Pahang B13 ‘A’.

Di selatan tanah air, Hazim Harman memastikan SMK Presint 14 (1) mencatat kemenangan sulung untuk memperbaiki kedudukan dalam liga selepas melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas tuan rumah, SMK Bukit Indah, Johor.

Tuan rumah terlebih dahulu didepan di minit ke 25 menerusi gol yang disempurnakan Irfan Shakimi Shahrizal.
Babak kedua pula memperlihatkan penguasaan pelawat yang berjaya memecah kebuntuan sekaligus menjaringkan gol penyamaan menerusi Amir Akmal Mohamad .

Hazim mengecewakan pasukan tuan rumah dengan gol kemenangan di minit ke 60 perlawanan.

Saingan Liga perdana pula menyaksikan SMK Putera, Kelantan mengekori rapat kedudukan pendahulu, SMK Gunung Rapat, Perak selepas melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas wakil Majlis Sukan Negeri Terengganu, SMK Ibrahim Fikri.

Gol tunggal perlawanan terhasil seawal minit pertama perlawanan menerusi penyudah kemas Mohd Alif Haikal Azmi.
SMK Putera ditangga kedua, berkongsi enam mata dengan SMK Gunung Rapat dan dibezakan dengan jumlah gol.

 

KEPUTUSAN PERLAWANAN (BAWAH 14 TAHUN)

 

LIGA SUPER

SS MALAYSIA PAHANG B13 ‘A’                                                     0    

SS TUNKU MAHKOTA ISMAIL                                                     5

 

SS MALAYSIA PAHANG B14 ‘A’                                                  9

SMK BUKIT NENAS (SSN TERENGGANU)                            0

 

SMK BUKIT INDAH (AKADEMI JDT)                                      1

SMK PRESINT 14 (1) (AKADEMI FELDA)                               2

 

SMK ZA’BA (SSN N SEMBILAN)                                               1

SMK SYED HASSAN (SSN PERLIS)                                        0

 

LIGA PERDANA 

SMK SEBERANG TEMERLOH (SSN PAHANG)                  3

SMK KEM TERENDAK MELAKA (AKADEMI ATM)         0

 

SMK IBRAHIM FIKRI (MSN TERENGGANU)                    0

SMK PUTERA (SSN KELANTAN)                                           1         

- Advertisement -