Pasukan futsal Orang Pekak Malaysia membelasah Mongolia 24-4 dalam aksi ketiga peringkat kumpulan untuk melakar kemenangan kedua selepas tiga perlawanan.

Malaysia antara 14 pasukan yang mengambil bahagian di Kejohanan Futsal Orang Pekak Asia Pasifik 2019 di Bangkok, Thailand ternyata menguasai perlawanan.

Tiada masalah untuk Malaysia mendominasi separuh masa pertama apabila  mendahului  11 gol berbalas 4 sebelum melebarkan kedudukan kepada 24-4 Mongolia di separuh masa kedua.

Kapten pasukan,  Mak Chee Weng cemerlang membantu Malaysia apabila melakar nama selaku penjaring sebanyak 11 kali sementara 3 gol dijaringkan oleh Mohd Rashid (mini 17’,34’, dan 37’) disusuli dua gol yang disumbang Mohd Fitree Mohd Amin di minit 10 dan 36.

Sementara  Muhamed Sulaman ,Haris Kamarudin, Firdaus Sabudin, Zuhir Zamery , Mujahidee Romli dan Helmi Mat Sahad masing masing menyumbat satu gol. 

Pengurus pasukan, Yusri Abd Ghani ternyata berpuas hati dengan prestasi pemain pemain malah sudah menjangkakan kemenangan ini.

“Saya yakin pasukan saya mampu mengalahkan Mongolia tetapi, tidak menyangka jumlah gol yang sebanyak ini.

“Misi kami juga mencari sebanyak gol yang boleh bagi memperbanyak jaringan kerana kita tidak mahu rekod jaringan itu menjadi sebab kekalahan,”kata Yusri

 

 

Namun, beliau tidak mahu pemain pemain terlalu leka kerana perlu memastikan kemenangan ke atas tuan rumah, Thailand untuk mengesahkan slot ke separuh akhir

“Khamis ini kita akan bertemu pasukan tuan rumah iaitu Thailand dan merupakan pasukan yang kuat. Saya berharap pasukan Malaysia mampu mencipta kejayaan dan mampu mara ke peringkat separuh akhir”, katanya lagi. Muhammad Nasrullah Kadiron

 

Kedudukan pasukan 

 

 

- Advertisement -