Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini dengan berbesar hati mengumumkan secara rasminya Paul Revington kembali menyertai keluarga KHM, kali ini dengan jawatan yang berbeza di mana beliau dilantik sebagai Pengarah Teknikal Pembangunan dan Skuad Projek Khas KHM.
Beliau akan bekerja rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan KHM, Prof. Datoâ Dr. S. Shamala dan barisan ahli jawatankuasanya yang lain selain jurulatih bagi Skuad Projek Khas KHM, Wallace Tan serta Nasihin Nubli Ibrahim akan turut bekerjasama dengannya.
âSaya membuat keputusan untuk kembali ke Malaysia kerana percaya ianya satu peluang baik untuk saya memulakan semula kehidupan di Malaysia dan kembali menghabiskan beberapa perkara yang sebelum ini saya tidak dapat lunaskan ketika bersama pasukan Malaysia.
âTugas yang akan saya pikul jelas sekali adalah untuk memupuk perkara-perkara yang penting bagi seorang pemain hoki dengan bermulanya daripada peringkat akar umbi.
âAntaranya termasuk untuk menanam mentaliti sebagai seorang pemain yang turun ke padang bukan hanya bermain hoki tetapi untuk mencari kemenanga, mentaliti untuk menang.
âApabila tiba masanya untuk mereka menyertai pasukan kebangsaan, mereka adalah pemain yang telah mempunyai mentaliti tersebut dan tidak perlu lagi untuk diterapkan dengan perkara-perkara seperti itu,â jelas Revington.
Dalam sidang media yang berlangsung di KHM hari ini, Presiden KHM, Datoâ Sri Subahan Kamal turut mengumumkan pelantikan Pengurus Pasukan Skuad Projek Khas Wanita di mana bekas Kapten Kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani, diberikan kepercayaan untuk menyandang jawatan tersebut.
Datoâ Sri Subahan turut percaya pelantikan Siti Amarina adalah keputusan yang tepat dengan pengalaman yang dimilikinya bersama pasukan kebangsaan pastinya dapat membantu Nasihin Nubli untuk mengangkat skuad wanita ke satu tahap yang lebih baik.
Selain itu, Pengurus bagi Skuad Projek Khas Lelaki juga turut diumumkan dengan bekas pemain kebangsaan, I. Vikneswaran yang turut mempunyai pengalaman sebagai jurulatih dilantik untuk berganding bersama Coach Wallace Tan serta Megat Azrafiq Tarmizi dan pelantikan tersebut berkuatkuasa serta merta.