Jurulatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Paulus Firman tidak merasakan sebarang tekanan ketika menggalas tugas sebagai jurulatih pasukan bergu campuran.

BAM melakukan penstrukturan sistem kejurulatihan pada bulan lalu meletakkan Paulus yang sebelum ini merupakan ketua jurulatih beregu lelaki untuk mengetuai skuad beregu campuran bersama sama seorang lagi jurulatih, Teo Kok Siang.

Jelas pengendsali kelahiran Indonesia itu, ia bukan tugas yang sukar memandangkan pemain pemain yang mampu menyesuaikan diri dengan cara latihannya.

“Tugas ini bukan baru untuk saya kerana ketika di Indonesia, saya melatih pasukan bergu campuran kebangsaan. Saya senang dengan cabaran ini,”kata Paulus.

Lima pemain bergu campuran yang terlibat di kem latihan pusat RTT; Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Cheah Yee See.

 

 

Sepanjang mengendalikan kem bergu lelaki, Paulu Firman berjaya meletakkan gandingan Aaron Chia – Soh Wooi Yik untuk berada di ranking lapan terbaik dunia malah muncul juara Seluruh England pada 2019.

“Pemain pemain tidak ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan cara latihan saya. Sepanjang tempoh tiga minggu, kami memberi fokus memgembalikan kecergasan fizikal dan teknik pemain pemain,”katanya lagi.

Pemain pemain badminton menjalani kem latihan Road To Tokyo (RTT) secara kuarantin di Akademi Badminton Malaysia (BAM) Bukit Kiara sejak 1 Jun lalu dan akan berakhir hari ini sebelum kembali semula termasuk atlet Program Podium dan Program Pelapis Kebangsaan yang akan memulakan latihan bermula 5 Julai depan.

Bagaimanapun, mereka perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 

- Advertisement -