Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad berpendapat khidmat pemain tempatan terutama dalam arena bolasepak negara tetap menjadi keutamaan meskipun kehadiran pemain naturalisasi ketika ini dilihat banyak membantu prestasi semasa skuad Harimau Malaya.

Wan Ahmad Fayhsal mahu pemain pemain tempatan memanfaatkan keadaan semasa ketika kehadiran pemain naturalisasi untuk menilai dan mengukur kemampuan semasa serta mengenal pasti dimana kedudukan prestasi mereka.

Khidmat pemain naturalisasi menjadi alternatif yang digunakan terutama dalam sukan berpasukan.

Berkata ketika sesi temubual bersama program sukan Blindside RTM, beliau mahu sukan diperingkat akar umbi diketengahkan dengan sebaiknya untuk menghasilkan pemain tempatan yang berkualiti.

Beliau juga mengingatkan kepada pihak yang terlibat untuk memastikan khidmat pemain naturalisasi dan pemain tempatan seimbang agar bakat baru pemain tempatan tidak dipinggirkan.

- Advertisement -