Ketua jurulatih Penang FC, Tomas Trucha meletakkan kepercayaan tinggi ke atas semua pemain untuk memberi tentangan sengit kepada Johor Darul Taā€™zim (JDT) dalam aksi kedua Liga Super 2021 meskipun mengakui perlawanan yang cukup sukar akan dihadapi mereka di Stadium Sultan Ibrahim, esok.

Selepas anak buahnya mempamerkan prestasi memberangsangkan berdepan Kuala Lumpur City FC Sabtu lalu untuk meraih tiga mata pertama, Trucha percaya mereka kini dalam momentum terbaik untuk meneruskan persembahan yang lebih garang bagi mengatasi Juara Piala Sumbangsih 2021 itu.

Gandingan yang cukup baik di benteng pertahanan menerusi pemain Ryuji Utomo dan Rafael Vitor selain penjaga gol, Samuel Somerville yang berjaya melakukan ā€œclean sheetā€ pertama tempoh hari menyaksikan Penang FC dijangka mampu untuk memberi kesukaran kepada asakan JDT selain mengharapkan mereka turut mampu menembusi gawang tuan rumah lebih awal.

Mengakui rekod yang dimiliki skuad kendalian Benjamin Mora itu meletakkan mereka sebagai pasukan yang sukar diatasi ketika ini, Trucha bagaimanapun sudah bersedia dengan perancangan terbaik dalam usaha menidakkan pergerakan lawan untuk menguasai keseluruhan perlawanan malam esok.

ā€œSaya berpuas hati apabila kami dapat memulakan aksi dengan baik untuk meraih tiga mata pertama, dan sememangnya sasaran kami memang untuk mulakan aksi pertama Liga Malaysia dengan langkah kanan.

ā€œSeterusnya adalah berdepan JDT di mana kami menghormati mereka sebagai pasukan yang kuat, dan Penang FC selaku pendatang baharu Liga Super akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam esok.

ā€œSaya memang menantikan aksi menentang JDT kerana apabila kita berdepan lawan kuat, daripada situ kita boleh lihat pasukan ini berada di tahap mana dan boleh nilai balik dekat mana kelemahan ketara yang ada selepas perlawanan.

ā€œApa-apa pun, kami sudah bersedia dengan segala pelan untuk memastikan pasukan mampu memberi kesukaran kepada JDT dan mengharapkan kita tidak tewas dengan mudahā€, jelasnya.

Dalam pada itu, perlawanan yang akan turut menjadi tumpuan pada malam esok membabitkan Terengganu FC dan Selangor FC yang menyaksikan kedua-dua pasukan mendapat tonik terbaik selepas berjaya mengumpul tiga mata dalam aksi pertama minggu lalu.

Dua jaringan oleh pemain import baharu Selangor FC, Oliver Buff dan satu gol daripada Shahrel Fikri dalam penampilan pertama mereka berdepan Sri Pahang FC mencuri perhatian penyokong The Red Giants sekaligus meletakkan skuad ini antara pasukan yang mampu mencipta impak besar dalam aksi seterusnya nanti.

Pengendali Terengganu FC, Nafuzi Zain bagaimanapun menganggap bukan hanya dua pemain itu sahaja yang perlu diawasi, tetapi kualiti pemain-pemain lain seperti Ifedayo Omosuyi dan Wan Zack Haikal Wan Nor juga tidak boleh dipandang mudah.

ā€œMisi utama kami di sini tetap untuk mengutip tiga mata penuh berdepan Selangor FC selepas kita bermula dengan cukup baik sewaktu menentang UiTM FC.

ā€œKalau nak ikutkan, bukan Oliver dan Shahrel sahaja, tetapi pemain-pemain mereka kebanyakannya memang berkualiti dan cukup berbahaya di atas padang, jadi kami kena bersedia dengan segala strategi.

ā€œSekarang, ada pemain yang masih cedera seperti Petrus Shitembi dan saya akan buat beberapa perubahan yang sepatutnya untuk bertemu Selangor untuk kita tetap fokus misi tiga mata,ā€ jelasnya.

Selain itu, satu lagi perlawanan Liga Super 2021 akan berlangsung pada malam esok membabitkan pasukan Kedah Darul Aman FC yang akan menerima kunjungan Sabah FC di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

- Advertisement -