Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Tokyo 2020 mengesahkan penaja tempatan bersetuju untuk terus menjadi sebahagian daripada keluarga Tokyo 2020.

Kesemua 68 syarikat tempatan masih yakin dengan kemampuan penganjur Tokyo 2020 sekaligus memutuskan untuk terus kekal dengan terma syarat umum.

Presiden Tokyo 2020, Yoshiro Mori pastinya individu yang menarik nafas lega dengan perkembangan itu dan berterima kasih kepada semua penaja penaja yang terus komited untuk bersama dalam menganjurkan sukan terbesar dunia itu.

Mori yang juga bekas Perdana Menteri Jepun memberi jaminan penganjuran sukan Olimpik 2020 akan berjalan mengikut jadual yang telah ditetapkan iaitu pada penghujung Julai 2021. 

Ia membuktikan penduduk di seluruh dunia amnya sudah mampu untuk menangani pandemik Covid 19 dan akan memastikan penganjuran Sukan Olimpik dan Paralimpik yang telah ditangguhkan sebelum ini berjalan dengan lancar.

Program penajaan bagi Tokyo 2020 telah mengumpul dana sebanyak 3.3 bilion dolar US dimana pakej Emas telah dimeterai beberapa syarikat gergasi seperti Canon, NEC dan Asashi Breweries.

 

 

- Advertisement -