Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) secara rasminya telah melantik Pengurus Pasukan bersama dua Penolong Jurulatih Pasukan Kebangsaan. Pengurus Pasukan dan dua penolong jurulatih yang dilantik ini akan membantu bagi membimbing serta mempersiapkan Pasukan Remaja Kebangsaan.

Bagaimanapun, Pasukan Remaja Kebangsaan yang akan menghadapi beberapa perlawanan antarbangsa pada tahun ini termasuk Kejohanan Piala Remaja Asia 2024 yang juga merupakan perlawanan kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2025 akan terus dipantau dan diselia oleh  Ketua Jurulatih Pasukan kebangsaan, Sarjit Singh.

Sesi pemilihan fasa pertama bagi Pasukan Remaja Kebangsaan telah bermula pada 29 April hingga 10 Mei 2024 lalu sementara sesi pemilihan pemain remaja kebangsaan yang seterusnya akan dijalankan ketika TNB Liga Hoki Remaja Malaysia (TNB MJHL) 2024 serta Kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024.

Barisan Ahli Lembaga Eksekutif KHM telah sebulat suara bersetuju dengan pemilihan Pengurus Pasukan dan Jawatankuasa Kejurulatihan KHM yang telah menamakan dua Penolong Jurulatih juga mendapat sokongan penuh daripada barisan Ahli Lembaga Eksekutif KHM.

Berikut merupakan Pengurus Pasukan bersama dua penolong jurulatih yang akan membantu membimbing Pasukan Remaja Lelaki Kebangsaan

  1. En. Ganesh Shanmugam (Pengurus Pasukan)
  2. En. I.Vikneswaran Iswarapatham

En. Mohammad Hairi Abdul Rahman

- Advertisement -