Kurang tiga hari sebelum saingan bola jaring Sukan SEA ke 29 bermula, Ketua Jurulatih negara, Tracy Robinson optimis anak anak buahnya sudah bersedia untuk berdepan lawan pertama, Thailand di Stadium Juara Bukit Kiara, Isnin depan.

Malaysia yang juga naib juara ketika di Sukan SEA ke 28 dua tahun lalu persiapan fasa akhir mengikut perancangan, dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku termasuk isu kecederaan.

“Selaku pengendali pasukan kebangsaan, saya berpuas hati dengan prestasi dan stamina para pemain di hari-hari terakhir latihan”, kata Tracy. 

Tracy tidak mahu pemain pemain memandang rendah mana mana pasukan termasuklah juara bertahan, Singapura.

Malaysia dijadual bertemu Brunie pada 15 Ogos sebelum berdepan seteru utama, Singapura keesokkan harinya.

Dalam pada itu, pemain pertahanan sayap kanan, Yap Suo Kuen nyata berpuas hati dengan cara latihan yang dijalankan oleh ketua jurulatihnya itu.

“Saya cukup gembira dan berpuas hati dengan ilmu dan strategi yang dicurahkan oleh Tracy dan berharap dia akan terus melatih kami serta masih kekal di sini”, kata Yap Suo Kuen. 

Perlawanan pra Sukan SEA yang berlangsung bulan lalu sedikit sebanyak membuka mata semua pemain tentang kelemahan yang perlu diperbaiki selain mengukur kekuatan pasukan lawan yang lain.

“Kami yakin dapat menundukkan mereka (Thailand) dengan mudah kerana kami berjaya mengalahkan mereka dengan  jumlah mata yang banyak di Pre-Sukan SEA.

“Kami berharap dapat memberi persembahan yang bagus untuk bagi semua orang tahu bola jaring sebenarnya sukan wanita yang memang boleh pergi jauh”, ujarnya lagi ketika ditemui di Stadium Juara Bukit Kiara sebentar tadi. Oleh NORIZAN MAMAT

- Advertisement -