JAWATANKUASA Pengelola Malaysia (MASOC) ingin memaklumkan kepada orang ramai oleh kerana permintaan yang amat tinggi daripada peminat sukan Pencak Silat untuk menyaksikan pertandingan ini secara langsung, pihak penganjur telah memutuskan untuk memindahkan SEMUA acara Pencak Silat yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula pada 27 Ogos 2017 ke Stadium Juara di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sila ambil maklum perkara berikut:

1. Acara yang dijadualkan berlangsung pada 27 Ogos 2017 (Ahad) dipinda ke tarikh baru iaitu 28 Ogos 2017 (Isnin).

2. Semua acara pada 29 Ogos 2017 akan kekal berlangsung pada tarikh yang sama, tetapi di lokasi baru iaitu di Stadium Juara.

3. Bagi mereka yang telah membeli tiket untuk menonton perlawanan di Kuala Lumpur Convention Center pada 27 Ogos 2017, anda boleh menggunakan tiket yang sama untuk masuk ke Stadium Juara pada acara 28 Ogos 2017.

4. Pemegang tiket yang tidak dapat ke Stadium Juara untuk menonton pertandingan pada 28 Ogos 2017, boleh mendapatkan bayaran balik dengan menghantar email kepada support@seatadvisor.my dan sertakan bukti pembelian tiket (salinan tiket yang dicetak atau invois cukai) serta butiran individu seperti nama, alamat email, nombor kad pengenalan dan nombor untuk dihubungi. 

Sebarang kesulitan yang mungkin timbul daripada perubahan ini amat dikesali.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi layari laman sesawang KL2017 di www.kualalumpur2017.com.my untuk maklumat terkini. 

CHANGE OF VENUE AND SCHEDULE FOR PENCAK SILAT MATCHES

THE Malaysia Organising Committee (MASOC) would like to inform the public that due to an increasingly high demand from Pencak Silat fans to watch the match live, the organizers have decided to move all Pencak Silat events scheduled to be held at Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) from 25 August 2017 onwards to Stadium Juara in
Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Please note on the following:

1. Events scheduled to be held on Sunday, 27 August 2017 has been moved to Monday, 28 August 2017.

2. All matches scheduled for 29 August 2017 remain unchanged except for the venue. Please note that matches will be held at the new location i.e. Stadium Juara in Bukit Kiara.

3. For those who have purchased tickets to watch the match at Kuala Lumpur Convention Centre on 27 August 2017, you may use the same ticket to gain entry into Stadium Juara for matches on 28 August 2017.

4. For ticket holders who are not able to make it to Stadium Juara to watch the matches on 28 August 2017, you may seek refund by sending an email to support@seatadvisor.my and enclose your proof of purchase such as copy of the
printed ticket or tax invoice together with details such as name, IC number, contact number and email address.

Any inconveniences caused are regretted.

For further information, please visit KL2017 website at www.kualalumpur2017.com.my for the latest updates.

Issued on 25 August 2017 by:
The Malaysia Organising Committee (MASOC)

- Advertisement -