Bekas pemain Manchester United, Phil Neville bakal meninggalkan skuad kebangsaan wanita England sebelum kejohanan EURO wanita bermula yang kini ditunda  susulan pandemik Covid 19.

FA England mengesahkan status Phil Neville menerusi kenyataan rasmi, dijangka meninggalkan skuad wanita England pada musim panas 2021.

Neville yang dilantik pada Januari 2018 dijangka tidak akan menerajui pasukan wanita England ketika saingan EURO yang dipinda ke 2022.

Pengarah pasukan bolasepak wanita England, Sue Campbell dalam kenyataan itu menyebut ketika dunia sedang berperang untuk menangani wabak yang telah menjejaskan kalendar sukan, kedua dua pihak bersetuju untuk meletakkan pasukan sebagai keutamaan.

Sue Campbell juga akan meneruskan tugasannya di waktu genting ketika ini dan memfokuskan pembangunan yang konsisten dalam pasukan.

Neville dalam pada itu hanya menanti pandemik Covid 19 untuk pulih sepenuhnya sebelum proses penjadualan semula dilakukan melibatkan pasukan wanita sehingga 2021.

Bekas pemain pertahanan kiri ini turut ditugaskan untuk memimpin skuad Great Britain ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 disusuli Euro 2021 namun segalanya tampak terhenti ditengah jalan susulan wabak Covid 19.

Kedudukan Neville dalam skuad Olimpik masih belum diputuskan dan kenyataan itu akan dikeluarkan oleh Persatuan Olimpik British dalam masa terdekat.

 

 

- Advertisement -