Skuad badminton lelaki Malaysia memulakan kempen pusingan Akhir Piala Thomas 2022 dengan penuh bergaya setelah membenam England 5-0 dalam saingan peringkat pembukaan Kumpulan D di Impact Arena, Thailand.

Jaguh perseorangan Malaysia, Lee Zii Jia terbukti terlalu kuat sebagai tandingan Toby Penty apabila berjaya melakar kemenangan 21-10, 21-15, untuk meletakkan pasukan negara didepan 1-0.

Aaron Chia-Soh Wooi Yik menggukuhkan kedudukan Malaysia apabila berjaya mengatasi cabaran sengit Ben Lane-Sean Vendy dalam aksi tiga set 19-21, 21-15, 21-16.

Ng Tze Yong mengesahkan mata kemenangan selepas menundukkan Johnnie Torjussen 21-16, 19-21, 21-11.

Juara Terbuka Jerman 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin meneruskan momentum kemenangan pasukan negara apabila menewaskan Rory Easton-Zach Russ 21-13, 21-9 untuk menjadikan kedudukan Malaysia 4 England 0.

Perseorangan ketiga negara, Leong Jun Hao melengkapkan kemenangan 5-0 Malaysia selepas menewaskan Cholan Kayan dengan 21-11, 21-18.

Dalam pada itu, skuad Piala Uber negara tewas 1-4 di tangan tuan rumah, Thailand pada aksi kumpulan C disebelah petang.

Ratchanok Intanon bangkit daripada kekalahan di set pertama untuk menang 14-21, 21-14, 21-15 ke atas Goh Jin Wei.

Mata tunggal negara hadir menerusi Pearly Tan-M Thinaah yang menundukkan Jongkolphan Kititharakul-Rawinda Prajongjai 16-21, 21-19,21-17.

Tiga lagi wakil negara bagaimana pun gagal menyumbang mata selepas tewas kepada lawan masing masing sekaligus Malaysia gagal melangkah ke peringkat suku akhir.

- Advertisement -