PKNS FC telah mengharungi musim yang cukup cemerlang pada 2018 dan peluang kini tersedia buat mereka untuk mencipta pula sejarah dalam Piala Malaysia apabila mereka berdepan Perak dalam aksi suku akhir.

Skuad bimbingan Datuk K.Rajagobal akan bertandang ke Stadium Ipoh untuk aksi pertama pada Selasa (25 September) sebelum aksi timbal balik berlangsung di Shah Alam pada 30 September.

Sang semut merah dilihat mempunyai beberapa kelebihan terutamanya rekod pertemuan yang jelas memihak kepada mereka musim ini – dalam empat pertembungan pada musim 2018 iaitu dua kali dalam Liga Super dan dua kali dalam Piala FA, PKNS menang tiga kali dan seri sekali.

Pertemuan terakhir pada 28 Julai menyaksikan PKNS melakar kemenangan bergaya 4-1 di Stadium Shah Alam ā€“ kemenangan penting yang memastikan mereka menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga manakala dalam dua pertemuan di Ipoh, kedua-dua pasukan seri 2-2 pada 21 April (Piala FA) dan PKNS menang 2-0 pada 10 Februari (Liga Super).

Bagi Rajagobal beliau menganggap rekod pertemuan bukan jaminan untuk pasukannya berada di zon selesa dan percaya Perak bimbingan Mehmet Durakovic tidak akan memberi laluan mudah.

ā€œJadi, kita perlu meningkatkan lagi mutu persembahan dan juga memperbaiki tahap disiplin dalam pendekatan taktikal yang akan diterapkan untuk aksi itu nanti. Apa yang paling penting adalah kita perlu menunjukkan persembahan yang lebih baik berbanding perlawanan sebelum ini,ā€ katanya.

Selain kelebihan rekod pertemuan, skuad Rajagobal juga cukup tajam, cukup efektif di depan gol apabila menjaringkan 18 gol di peringkat kumpulan. Ia sekaligus menyaksikan mereka muncul pasukan paling banyak menjaringkan gol bersama-sama Terengganu dan Melaka.

Keberkesanan sentuhan penyudah dibantu rangkaian pemain import yang mereka ada, di mana tiada di antara mereka yang berstatus ā€˜penumpangā€™ sebaliknya barisan depan diterajui pemain import Rafael Ramazotti, Bruno Matos, Romel Morales dan Faris Ramli boleh dianggap terbaik dalam Liga Malaysia, menyerlah dalam setiap perlawanan dan tidak pernah mengecewakan.

Sudah tentunya mereka akan sekali lagi menjadi instrumental untuk membantu PKNS mendapatkan bekalan selesa.

Sebagai rekod, sentuhan Rajagobal telah berjaya melonjakkan PKNS dari sebuah pasukan zon pertengahan ke tangga ketiga Liga Super dengan prestasi memuncak di penghujung musim yang menjadi pencapaian terbaik dalam sejarah kelab itu.

ā€˜Kingā€™ juga membawa mereka layak sehingga ke separuh akhir Piala FA sebelum kecundang kepada Selangor dan pada Ogos lalu dia membimbing PKNS yang diberi kepercayaan membawa nama Selangor untuk mengungguli Piala Sultan Selangor 2018.

Bagi Rajagobal, pencapaian terbaiknya di pentas Piala Malaysia hanyalah layak ke separuh akhir bersama Kelantan dan Selangor dan mungkin kali ini peluang terbaik untuknya memperbaiki pencapaian itu. MUHD AIMANĀ 

- Advertisement -