Football Association of Malaysia (FAM) Logo - 230x250Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bersetuju untuk menilai semula keputusannya dan akan memberi maklum balas dalam masa terdekat.
Keputusan dibuat selepas Setiausaha Agung Fam, Datuk Hamidin Mohd Amin, mewakili barisan ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM mengadakan pertemuan dengan baginda semalam.
Datuk Hamidin menyampaikan hasrat ahli Jawatankuasa Eksekutif yang bermesyuarat pada isnin (29 Februari) lalu yang sebulat suara menolak hasrat baginda untuk meletakkan jawatannya.
‘Selepas berbincang dari hati ke hati, keputusan yang dicapai, baginda mengucapkan terima kasih kepada semua ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM atas keputusan tersebut dan memahami segala penjelasan yang disampaikan oleh saya pada hari ini (semalam) mengenai harapan mereka.’ kata Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh FAM.
Tambahnya lagi , baginda memohon sedikit masa untuk mempertimbangkan keputusannya dan akan mengumumkannya apabila tiba masa yang sesuai.
- Advertisement -