rahmad_T-Team

Oleh Ku Mohd Lufti

Kawal emosi dan pertingkatkan kecergasan andai mahu terus bersaing merebut tempat terbaik dalam kedudukan Liga Super.

Itu adalah antara perkara yang dilihat serta dikesan ketua jurulatih T-TEAM FC, Rahmad Darmawan terhadap prestasi terkini anak-anak buahnya.

T Team atau kini dikenali dengan Terengganu FC 2, telah pun mengharungi tiga perlawanan ujian pada bulan ini.

Jelas Rahmad, andai emosi pemain masih ditahap yang sama, pasukan dari pantai timur itu mungkin tidak mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam kancah Liga Super.

“Saya fikir ini satu situasi yang mungkin kita perlukan untuk T Team. Pemain pemain perlu kembali untuk memenangi perlawanan dan kondisi ini pastinya memberi fokus yang lebih untuk melakukan persiapan,” kata Rahmad.

Aksi persahabatan ketiga Terengganu FC 2 tewas 2-5 kepada Sabah FA di Kuala Terengganu jelas membuka mata Rahmad untuk menilai kekurangan pasukannya.

Perlawanan persahabatan seterusnya, T-Team FC bakal mengadakan perlawanan menentang skuad Sukma negeri dan Terengganu FA pada malam ini dan Rabu depan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Prestasi Terengganu FC 2 tidaklah begitu mengecewakan dalam saingan Liga Super setakat ini apabila menamatkan separuh masa musim 2016 di tangga keempat, berkongsi 16 mata dengan Kedah yang menghuni tangga kelima.

- Advertisement -