meet-the-fans-1

Oleh Ku Mohd Lufti

Dua pelumba Mercedes AMG Petronas, Lewis Hamilton dan Nico Rosberg meluangkan masa untuk bersama sama peminat sukan permotoran tempatan meskipun jadual harian yang padat dalam mempersiapkan diri untuk saingan Formula 1 GP Malaysia hujung minggu ini.

Sesi bertemu peminat diadakan di sekitar ruang legar Suria KLCC sebagai salah satu acara untuk menarik minat orang ramai menjelang GP Malaysia.

Peminat peminat yang hadir nyata tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan tanda tangan serta mengambil gambar kenangan atau ‘selfie’ bersama kedua dua pelumba itu.

Hamilton dan Rosberg akan meneruskan beberapa lagi sesi bersama peminat disekitar ibu negara sebelum memberi tumpuan terhadap perlumbaan GP Malaysia.

Dengan baki enam lagi perlumbaan untuk ditamatkan musim ini, pertarungan untuk merebut gelaran juara dunia 2016 tampak memihak diantara Hamilton dan Rosberg sahaja manakala pelumba lain terpaksa bersaing untuk sekurang kurangnya berada di tangga ketiga.

Rosberg memimpin kedudukan ketika ini dengan 273 mata berjaya diraih manakala rakan sepasukan Lewis Hamilton hanya ketinggalan lapan mata.

Manakala temoat ketiga ketika ini milik, pelumba Redbull, Daniel Ricciardo dengan 179 mata diikuti Sebastien Vettel dan Kimi Raikkonen masing masing daripada pasukan Ferrari yang mengumpul 153 mata dan 148 mata.

- Advertisement -