Ketua jurulatih Terengganu FC II, Roshadi Wahab tampak berdepan kesukaran untuk menyusun atur kesebelasan utama bagi menghadapi sepak mula Liga Perdana menentang Selangor 2, Ahad ini.

Berdasarkan prestasi semasa pemain pemain TFC II sepanjang sesi latihan dan perlawanan persahabatan pra musim, Roshadi melihat anak didiknya mempamer semangat juang dan motovasi di tahap yang optimum.

Justeru, baki masa yang ada sebelum sepak mula akan dimanfaatkan dengan sebaik baiknya untuk memastikan perlawanan pertama berakhir dengan kutipan tiga mata.

‘Saya terpaksa mengambil sedikit masa lagi untuk menentukan siapa yang akan mengemudi kesebelasan utama. Bayangan awal sudah ada, tetapi bila kita lihat perlawanan perlawanan persahabatan yang dibuat, pemain simpanan yang dibawa masuk juga menunjukkan aksi yang baik,’kata Roshadi

Pemain paling berpengalaman dalam TFC II, Bruno Suzuki bakal menggalas tanggungjawab selaku kapten, dan penyerang utama Jordan Mintah juga dilihat mampu untuk menggalas tugas selaku penggempur bagi memburu kelompok tiga terbaik musim ini.

- Advertisement -