pyeongchang.games

Isu doping melibatkan Rusia masih belum terhenti meskipun telah digantung daripada menyertai Sukan Paralimpik Rio 2016 yang akan bermula September nanti.

Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa IPC mengumumkan Rusia tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian di dalam acara Sukan Olimpik Musim Sejuk yang dijadual berlangsung pada 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan.

Keputusan IPC dibuat selepas Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) terhadap Jawatankuasa Paralimpik Rusia (RPC) yang membantu dalam program yang melibatkan bahan bahan terlarang.

CAS yang berpengkalan di Lausanne, Switzerland minggu lalu menolak rayuan RPC terhadap penggantungan penyertaan di Sukan Paralimpik Rio sekaligus 260 atlet paralimpik Rusia bakal terlepas kejohanan yang dijadual bermula dari 7 hingga 18 September depan.

Rusia bagaimanapun enggan mengalah dan menghantar rayuan kepada Mahkamah Persekutuan Switzerland yang mempunyai kuasa untuk menari balik keputusan CAS.

Rusia mula menjadi tumpuan apabila Agensi Anti Doping Dunia (WADA) mengesahkan ramai atlet negara itu gagal dalam ujian doping di temasya olimpik dan paralimpik edisi terdahulu.

- Advertisement -