Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC) Nafuzi Zain mahu anak buahnya sentiasa bersedia meskipun tarikh sebenar saingan Liga Malaysia masih belum ditetapkan selepas mendapat lampu hijau daripada pihak kerajaan.

Jelas Nafuzi, sama ada Ogos atau September, pasukannya akan memastikan segala persiapan dapat dilakukan dengan baik dalam tempoh terdekat ini apatah lagi selepas pasukan dibenarkan melakukan latihan penuh, ā€œbody contactā€ bermula 15 Julai ini.

Namun, apa yang beliau harapkan agar semua pasukan dapat melakukan perlawanan persahabatan terlebih dahulu apatah lagi TFC masih memiliki aksi tertunda menentang PJ City FC.

Dan Nafuzi beliau nyata lega apabila Malaysian Football League (MFL) bersedia untuk mengumumkan tarikh rasmi saingan liga kembali dimulakan dalam tempoh terdekat ini.

ā€œPertama kali, saya gembira kerana akhirnya kita boleh kembali ke sesi latihan normal selepas sekian lama dan dapat berlatih satu pasukan dengan corak latihan lebih berkualiti selepas ini.

ā€œTetapi, saya sentiasa mahu semua pemain menganggap saingan akan bermula lebih awal kerana tidak kira 15 Ogos atau September, yang penting kita sudah bersedia daripada segala aspek.

ā€œBukan apa, TFC masih ada satu lagi perlawanan tertunda, dan rasanya mesti perlawanan itu akan bermula lebih awal, jadi sebab itulah, persiapan rapi perlu dilakukan daripada sekarang sebaik sahaja latihan ā€œbody contactā€ dibenarkan nanti,ā€ jelasnya.

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh MFL pada Isnin, semua pasukan perlu tetap mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan meskipun pihak kerajaan sudah memberi kelonggaran bagi latihan FASA II bermula 15 Julai.

MFL turut akan mempertimbangkan kebenaran untuk membenarkan pasukan bagi mengadakan siri perlawanan persahabatan sebelum memulakan kempen liga selain Ahli Lembaga Pengarah akan memutuskan tarikh rasmi Liga Malaysia setelah menerima laporan penuh persiapan untuk penyambungan liga daripada Sekreteriat MFL dalam tempoh terdekat ini.

Berdasarkan perancangan MFL sebelum ini, badan pentadbir Liga Malaysia itu akan meneruskan pertandingan CIMB Liga Super, Liga Premier pada 1-2 September dan akan berakhir pada 26-27 September dengan saingan secara separuh liga sahaja manakala TM Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober hingga 7 November sementara Shopee Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

- Advertisement -